Monday, January 11, 2016

HALWA BETIK TAHUN BARU

Assalammualaikum dan salam sejahtera,,

Lama betul aku bertapa,,,sampai hampir terlupa kata laluan untuk log in blog aku ni...Hu hu..Hampir setahun aku menyepi..Bukan tak mahu nak up date blog..Tapi ,,entah lah...berat sangat rasanya nak memulakan..ke aku dah kehabisan modal...Boleh jadi kot...Apa pun belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada korang semua,,,Tapi aku malas nak tanya apa azam baru korang tahun ni...Azam korang,korang tahu-tahu sendiri sudah lah,,tak perlu nak hebohkan kat sat dunia...

Beberapa hari yang lalu,entah kenapa ,aku asyik teringat halwa betik yang pernah dibuat oleh emak aku,sewaktu aku kecil dahulu..Lalu aku bertanya semula dengan emak aku berkenaan dengan halwa betik yang pernah dibuatnya dahulu..Namun,disebabkan usia emak aku yang telah lanjut,beliau tak berapa ingat lagi cara-cara untuk membuatnya...Aku cuba memulihkan kembali ingatan emak aku semampu yang boleh,macam-macam berkenaan dengan betik,aku ceritakan,namun emak tak ingat juga...aku pasrah,dalam usia begini,emak mungkin dah kurang mengingati perkara yang lalu...

Lalu berbekalkan sedikit ingatan sewaktu kecil dahulu,aku mencari sebiji betik tua,yang belum masak untuk aku jadikan bahan ujian..Rayau satu kampung,jumpalah sebijik...Punyalah gembira ria...Hu hu..Bawak balik terus kupas,kemudian aku belah dua,buang biji dan terus aku racik kecil-kecil...

Kemudian aku termenung seketika,,,apa pulak nak buat selepas tu....Aku agak-agak je,Begini aku buat langkah seterusnya,,,

Betik tu aku racik kecil-kecil..kemudian aku cuci..Lepas cuci aku jerang air panas dalam periuk...Setelah air mendidih,padamkan api,lalu terus aku masukkan hirisan betik tadi kedalam air mendidih tu..Periuk aku tutup supaya hirisan betik tadi cepat empuk,,Terlalu lama masa berjalan...Adoiiii...

Setelah lebih kurang 20 minit menanti,Hirisan betik aku keluarkan dari periuk.Lalu aku toskan airnya..Kemudian aku masakkan air gula secukup rasa...Banyak mana..Korang jangan tanya aku..Setelah air gula menjadi pekat,aku tuangkan kedalam hirisan betik tadi...Aku biarkan ia sebati selama yang boleh..Jadi,aku letakkan dibawah tudung saji..Aku biarkan disitu sehingga air gula menjadi sejuk..

Untuk pengetahuan korang,semasa aku menjalankan uji kaji ni,bini dan anak-anak aku hanya membantu mentertawakan aku...Hampeh tul...Tak apa.korang tunggu bila siap nanti,meleleh air liur korang,korang pandang je lah..Paling banyak korang boleh amik bau je...Hu hu...

Kini,setelah hirisan betik telah sebati dengan air gula,,Lalu aku tos kan lebihan air gula tu.Aku ambil satu untuk uji rasa,,,WOW..Ok la pulak...Walaupun rasa betiknya masih ada...Kemudian aku fikir lagi apa nak dibuat dengan hirisan betik yang telah disira dengan air gula ni...Aku tanya kat bini aku..Dia pun tak ada idea nak buat cam mana....Lalu aku mengambil langkah drastik,dengan menjemur hirisan betik itu dibawah terik matahari...

Sekali lagi aku kena kutuk oleh anak-anak...Sabar...

Aku biarkan ia dijemur sambil aku duduk memerhatikan mana tahu kalau-kalau ada musuh yang akan datang menggagalkan rancangan aku ni..Betul sangkaan aku,sekumpulan lalat dan langau mula terloncat-loncat cuba menghampiri..Cis...kena bertindak segera..Maka jadilah aku pengalau lalat yang setia...Hua Hua Hua..

Dipendekkan cerita,almaklumlah korang pun dah naik menyampah agaknya membaca..Petang tu aku membuat uji rasa sekali lagi...Osah boto...memang best..Tak sia-sia aku bertungkus lumus dari pagi...Namun satu je yang aku keliru...Bini dan anak-anak aku masih buat tak pot je dengan hasil kerja aku...Puji la sikit ke..Hu hu...

Maka dengan ini,aku berbangga sungguh kerana dapat menghasilkan halwa betik yang tak pernah aku buat sebelum ini,walaupun tiada pedoman dan sokongan...Hua hua hua...

Baru-baru ni aku bukak internet,,sesaja je search cara membuat halwa betik...Wah ada banyak rupanya...Namun kesemua cara yang aku baca tak sama dengan cara aku membuatnya.Pelik sungguh aku..Rupa-rupanya,korang betul,aku yang silap....Aku lupa nak rendam didalam air kapur....Hua hua hua..Patutlah rasa betik tu tak hilang...Tugas kapur tu untuk meniutralkan rasa dan warna betik..

Cuma,yang aku ralat sangat tu,dah hampir dua minggu aku hasilkan halwa betik ni,namun aku masih belum berkesempatan untuk memberinya kepada emak aku...