JUST ME AND ME AGAIN

Sunday, December 12, 2010

BOLA WAKA KAH KAH KAH

Pasukan bolasepak kampung den sekali lagi membuat kejutan pada perlawanan pra musim sejuk semalam.Dalam keadaan cuaca yang tak menentu,kami tetap meneruskan perlawanan hingga tiada kesudahan apabila pengadil dari Senegal memberhentikan perlawanan pada minit ke 75,apabila padang ditengelami air sehingga ke paras pinggang.Ditambah pula dengan petir dan halilintar berdendum pada skala 6.3 mb/s.
Namun keputusan perlawanan tetap diambil kira,walaupun perlawanan diberhentikan kerana cuaca buruk.Dalam perlawanan itu pasukan kami telah memboloskan gawang sendiri sebanyak 7 gol.Manakala pasukan lawan pula telah membolosi gawang gol kami sebanyak 10 gol.Jadi kesemuanya berjumlah 17 gol telah kami berikan kepada pasukan lawan....Berdasarkan keputusan jaringan yang diambil kire sebelum perlawanan dihentikan,jelas pengadil dari Senegal telah membuat keputusan yang tepat apabila beliau memenangkan pasukan lawan dengan 17 gol berbalas 0....Kami sedikit pun tidak berkecil hati,walaupun penyerang2 kami gagal menjaringkan gol...Sebaliknya kami betul2 berbangga apabila pemain pertahanan kami pula yang berjaya menjaringkan gol sendiri sebanyak 7 gol...
Sementara itu pasukan lawan yang berpesta gol,telah memberhentikan pesta mereka serta-merta apabila menyedari,kenderaan yang membawa pasukan mereka telah dihanyutkan oleh arus deras.Keadaan riang gembira bertukar gundah gulana apabila didapati tiada satu pun kenderaan mereka yang terselamat.Laporan polis telah dibuat.Pada sidang akhbar,mereka melaporkan sebanyak 4 buah bmx,7 basikal tua dan 5 beca roda 3 telah dihanyutkan air.Lebih memilukan kesemua kenderaan mereka tidak dilindungi insuran....Ha ha haaaa...Padan muke..