Saturday, December 25, 2010

PARANG MASAK ASAM




     3 hari bercuti di Kuala Sungai Baru,Melaka...Aku dapat melihat bertapa beruntungnya penduduk2 yang tinggal berhampiran dengan pantai.Mereka menjamah nasi setiap hari bersama hidangan ikan segar yang baru ditangkap dari laut.Satu perkara yang tak mungkin dapat aku lihat ditempat aku.Aku sempat meluangkan masa melihat2 nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka di jeti nelayan Kuala Sungai Baru.Berbagai2 jenis ikan ada seperti tenggiri,parang,pari,cencaru dan macam2 lagi yang aku dah lupa namanya..Semuanya segar2 belaka dan harganya pun murah2....


     Aku teringat di tempat aku,nak mencari ikan segar dipasar,punyalah susah.Boleh dikatakan kesemua ikan2 yang ada dipasar sudah berhari2 lamanya dan tak menimbulkan selera langsung bila melihatnya.Kebanyakkannya sudah meletup perut dan berbau semacam.Ada jugak yang sudah tertanggal biji mata.Kalau ketam,ada yang sudah tak bertangan dan bersepit.Udang pulak sudah berbau.Berbanding dengan ikan2 yang aku lihat di Kuala Sungai Baru,kesemuanya fresh2 belaka.....


     Bagi yang berminat untuk mencari remis,sejenis kerang yang kulitnya berwarna-warni,boleh mencarinya disepanjang persisiran pantai.Remis cukup enak digoreng pedas.Rasa isinya manis.Tapi untuk memakannya cukup leceh sekali,kerana remis ni terlalu kecil.Isinya pun betul2 untuk buat taik gigi saja.


     Kepada yang kemaruk untuk menikmati ikan segar yang dibakar,boleh mencarinya di jeti ikan bakar Kuala Sungai Baru.Pilih sahaja ikan yang diingini,bakar,makan dan jangan lupa bayar.Kalau korang tak nak bayar,jangan harap lah korang boleh tunjuk muka dekat sana lagi.


     Bagi kaki2 pancing,boleh pergi memancing pada sebelah malamnya.Umpan tiada masaalah.Boleh dibeli disana.Bot juga boleh disewa.Kalau nak memancing di tepi pantai pun boleh.Aku lihat ikan sembilang laut yang banyak dapat dipancing dipersisiran pantai.Kalau nak ikan yang lain,kenalah ketengah laut sikit.


     Aku juga tak melepaskan peluang untuk membeli ikan2 segar sebelum pulang ke N Sembilan.Tidaklah banyak sangat,tapi cukuplah untuk 2,3 keluarga.Ikan2 yang aku beli itu dimasukkan kedalam peti polisterin berair batu untuk menjamin kesegarannya.Nota ini aku tulis selepas aku melantak ikan parang masak asam.Nikmatnya,siapa yang makan je yang tahu.Kalau korang tak percaya,cuba try test sekali...Tapi syaratnya mesti ikan parang yang baru ditangkap dilaut....Pasti korang tersandar dekat pangkal tiang...


     Selamat menghabiskan cuti tahunan kepada yang sedang bercuti.Kepada yang beragama kristian,selamat menyambut Hari Natal.Salam satu Malaysia dari aku.


                              -Assalammualaikum-

AKU DAN KAP CAI



     Adoi...time2 ni la pulak dia nak abis...Selalu ada je...Dalam almari tak ada...Atas gobok pun tak ada..Dekat rak tv...Lagi lah tak ada...Masa darurat ni la dia nak abis...Cuba tengok dalam almari baju jap..mana tahu,kot2 ada lak yang terselit kat situ...Tak ada jugak...Ni yang aku malas sesangat...TV cerita best lak tu.Pilem Hindustan.Ni Sanjay Dut tengah mengamuk kat pekan Mumbai....Rugi kalau aku tak tonton sampai abis.


     Tapi nak buat cam mana.Benda tu dah abis.Aku tak leh duduk diam depan tv.Nak tak nak aku mesti membuat satu keputusan yang bijak.Sunjay Dut dan amukannya kat Mumbai terpaksa aku tinggalkan.Misi khas aku lebih penting.


     Mandi..?Tak payah lah.Nanti terlewat lak.Mana baju aku tadi...Haaa...dapat dah.Seluar,seluar ni je lah...Ok lagi.Sarung tangan jangan lupa pakai.Kasut kulit penting jugak.Untuk keselamatan kaki.Pastikan tali diikat dengan kemas.Helmet fullface pilihan aku untuk melakukan tugas2 seperti ini.Kelengkapan diri semua dah ada.


     Tak boleh gerak terus ni.Enjin motor belum dipanaskan.Tapi sebelum tu,cek minyak itam dulu..Ok ,cukup sipat,memang itam.Hidupkan enjin.Panaskan enjin dalam 10 minit.Sesambil tu periksa lampu utama dan lampu signal.Semua ok.Periksa lak angin tayar.Semua memuaskan....


     Masa yang ditunggu dah tiba.Apa lagi,tekan gear 1,pulas pendikit secukupnya...Fuhhh...macam pelesit..Berdesup,sekejap dah ilang....Masa itu emas.Aku terpaksa menunggang ala2 moto gp untuk menjimatkan masa.Kalau aku menunggang gaya Pak Samah Debet,mahu petang karang baru sampai kedestinasi...


     15 minit perjalanan menggunakan jentera beroda dua dengan kapasiti enjin 69cc,aku rasakan seperti 2 jam...Walaupun pendikit habis dipulas,namun kelajuannya tetap sama...Badan aku pulak yang rasa sesemut....


     Akhirnya aku sampai juga kedestinasi yang dituju.Untuk memberhentikan enjin berkuasa 69cc ini,aku terpaksa melakukan emergensi brake.Tuas brake aku tekan dengan kuat.Tayar belakang berhenti dengan mengejut.Srettttttt....Parking ditempat terbuka.Jangan sesekali tinggalkan helmet dalam bakul motor..Silap haribulan,karang terpaksa pulak beli helmet apollo....


     Melangkah terus kesasaran..Seseorang berbadan gempal sedang menunggu.


Apik-Hai ya...Lu lagi ka...?Apa balang lu mau..
Aku-Pik...tolong aku Pik...
Apik-Lu cakap dulu,nanti wa tolong calik apa balang lu mau...
Aku-Ni,aku nak mee maggi 2 bungkus,telur ayam 2 bijik....aaa..bawang putih 30 sen....Cepat sikit Pik...Dah lapar gile neh...
Apik-Apa raa...Wa ingat apa balang...Nanti sikijap,wa amik kasi lu..Nah...suma 3 linggit....
Aku-Pik....Errrr...macam biasa ha..Tulis buku..
Apik-Adoyai...lingkup wa punya niaga kalau ada 10 olang macam ini hantu........