JUST ME AND ME AGAIN

Monday, January 17, 2011

HANYA SERANGKAP DOA

 Ini bukan pertunjukan sarkis murahan ditepi kaki lima.Juga bukan persembahan raja lawak musim ke 5.ini adalah cerita perjalanan hidup aku.Cerita kesengsaraan seorang buruh kanak2.


     Aku dilahirkan disebuah negara yang mementingkan darjat dan darah.Sebuah negara yang ditakluk oleh gejala rasuah.Sebuah negara yang kemiskinan bermaharajalela disegenap sudut.Aku tak pasti semua ini akan berakhir.Kami masih terus dijajah.Kemerdekaan tidak memberi sebarang makna kepada aku.

     Hidup ini aku rasakan seperti seketul batu yang senantiasa tengelam.Sedikitpun tak pernah terlintas dihati untuk melihat batu itu timbul dipermukaan.Kemiskinan telah merantai zaman kanak2 ku.Tiada kasih sayang,tiada pelajaran,tiada permainan dan sudah pastinya tiada masa depan.Matlamat aku kini hanya untuk mencari sesuap nasi berbekalkan kudrat yang ada.Selagi masih bernafas.Selagi darah masih mengalir.Selagi hayat dikandung badan,selagi itulah aku memperhambakan diri kepada negara yang tidak berperi kemanusiaan ini...

     Siapa lagi harus aku persalahkan?Ibu..?Ayah..?Mereka juga seperti aku.Membesar dari seorang buruh kanak2.Tiada apa2 yang termampu mereka lakukan.Darah kemiskinan ini telah mengalir didalam keluarga kami semenjak dahulu dan tidak akan berkesudahan....Jadi tidak menghairankan kalau aku katakan,aku mula merasai kemiskinan semasa didalam kandungan ibu sehinggalah nafas aku berhenti suatu hari nanti.

     Wahai sahabat...Hulurkanlah sesuatu kepada kami...biarpun hanya serangkap doa....