Sunday, March 27, 2011

LAWAK KLINIK SWASTA





KES 1:


     Pada suatu hari seorang lelaki yang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital telah pergi kesebuah klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Setelah diperiksa.doktor menerangkan sesuatu kepada lelaki tersebut.


Doktor-Saya dah periksa pakcik,semuanya ok.Tekanan darah ok,gula dalam darah ok,paru2 ok,jantung ok,buah pinggang ok,kira semua ok lah.Pak cik kira bertuahlah sebab semuanya masih berfungsi dengan baik...


Pakcik-Kalau macam tu,pakcik tak ada apa2 masaalah kesihatanlah tuan doktor..?


Doktor-Masaalah kesihatan tiada pakcik,tetapi saya ada dua perkara nak beritahu pakcik...


Pakcik-Dua perkara..?Apa dia tuan doktor..?Risau pulak saya dibuatnya...


Doktor-Begini pakcik,sebenarnya perkara pertama, badan pakcik dipenuhi panau dan kurap.Perkara kedua, bulan depan pakcik hendaklah membuat pemeriksaan di hospital.Namun pakcik tak perlu risau,sebaliknya saya yang patut berasa risau...


Pakcik-Saya yang berkurap,kenapa tuan doktor pulak yang berasa risau...?


Doktor-Bukan apa,saya risau kurap dan panau pakcik tu menjangkit dekat saya,jadi ada lebih baik pakcik pergi kehospital sahaja bulan depan......


Pakcik-(Hampeh...ini dah kira lawak cari nahas namanya...)






KES 2:


     Seorang lelaki tua yang berumur 125 tahun telah pergi kesebuah klinik swasta untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Setelah selesai membuat pemeriksaan,doktor menerangkan sesuatu kepada lelaki tua itu...


Doktor-Saya dah periksa tekanan darah pakcik,kandungan gula,paru2,jantung dan buah pinggang,semuanya masih berada didalam keadaan yang baik.


Pakcik-Kalau macam tu saya masih sihat lah doktor.Gembiranya saya...


Doktor-Namun saya harap pakcik tidak terlalu gembira sangat dan banyak bersabar dengan apa yang akan saya katakan nanti....


Pakcik-Kenapa doktor..?Saya ada penyakit lain ke..?


Doktor-Tidak ada...


Pakcik-Habis tu...Kenapa..?


Doktor-Badan pakcik dah bau tanah....


Pakcik-(....Hampeh....Boleh mendatangkan marah neh.....)