Monday, March 28, 2011

KELAHIRAN YANG MEMBAWA KEBINASAAN

     Dalam sebuah akhbar tempatan hari ini ada disiarkan rungutan seorang ibu yang baru melahirkan anak.Beliau begitu tertekan dengan cara layanan pihak hospital ketika berada didalam bilik kecemasan disaat bayi hampir dilahirkan.Menurut beliau,dah lah doktor yang menyambut bayinya,doktor lelaki,beliau juga dikelilingi sekumpulan doktor pelatih lelaki yang begitu teruja menyaksikan beliau dalam keadaan mengangkang.Dah tentu perasaan beliau bercampur baur antara malu dan kesakitan yang ditanggung.Kepada wanita2yang belum pernah mengalami pengalaman bersalin,cuba korang bayangkan apa perasaan korang waktu itu.Tak dapat nak dibayangkan..?Tak apalah,nanti bila tiba saat korang,korang alamilah sendiri...

     Seperti biasa,aku bukan nak bercerita pasal ibu itu disini.Aku yang telah dianugerahkan 3 orang cahaya mata ingin berkongsi pendapat dengan korang semua dalam bab salin bersalin ni.

     Apa punca sebenar berlakunya perkara seperti diatas..?Adakah wanita2 yang bersalin dihospital menjadi mangsa keadaan?Adakah mereka2 ini bahan kajian?Yang pasti mereka2 itu rela dalam terpaksa.Nak dibantah,kat mana pulak nak bersalin?tak kan kat bawah jambatan.Itu tak bermaruah namanya.Wanita2 sepatutnya mempunyai hak untuk memilih tempat dan suasana yang sebaik2 mungkin disaat melahirkan.Kerana ketika itu mereka bertarung nyawa antara hidup dan mati.Kalau tak percaya,tanya pada mereka yang telah melahirkan anak.Jangan tanya kat bai jual roti pulak.Lain ceritanya nanti.

     Dimanakah perginya doktor2 wanita..?Apakah bilangan mereka begitu sedikit?Apakah wanita2 yang berkebolehan tidak berminat untuk menjadi doktor..?Adakah mereka tidak layak?Adakah syarat2 kemasukan untuk menjadi doktor terlalu ketat.Itu aku tak tau.Andainya kes seperti diatas berlaku kerana kekurangan doktor wanita,siapakah yang harus dipersalahkan..?Siapakah yang harus dipertanggung jawabkan..?

     Kalau betul lah alasannya negara kita kekurangan doktor wanita,tiadakah usaha2 yang diambil untuk menambah bilangan mereka..?Dimanakah perginya pemerintah2 kita yang berkalibar..?Idea2 bernas mereka tentu boleh merubah keadaan ini biarpun secara berperingkat.Perlu diingat,negara kita bukan didalam keadaan darurat.Negara kita begitu sempurna dari segala sudut.Jadi tidak timbul alasan doktor lelaki merawat pesakit wanita kerana darurat.(pada fahaman mereka ketiadaan doktor wanita untuk merawat pesakit wanita pada saat2 genting menyebabkan darurat.Dalam hal ini,hendak atau tidak,pesakit wanita terpaksa juga menerima rawatan dari doktor lelaki.Darurat lah katakan)

     Suka juga aku bertanya disini,kemanakah hilangnya,bidan2 berpengalaman yang ditempatkan di klinik2 desa satu masa dahulu..?Baru aku ingat,mereka kebanyakkannya telah pencen.Sedia maklum mereka ini telah pencen,kenapa tidak diganti dengan bidan2 yang baru..?Aku terlupa lagi,mereka ini sebenarnya telah digantikan oleh bidan2 baru yang muda2 dan comei2 belaka.Namun hampir kesemua mereka tidak berpengalaman menyambut kelahiran seperti bidan2 yang telah pencen itu.Mereka akan mengelupur ketakutan apabila melihat ibu2 yang hampir melahirkan anak mengerang kesakitan,lantas mereka menghubungi ambulan dan ibu itu dihantar kehospital.Kesudahannya,doktor lelaki juga yang menyambut kelahiran bayi ibu itu.Jadi sumbangan mereka tidak sehebat bidan2 yang telah pencen.Kenapa masaalah ini terjadi..?Oo mereka telah diwajibkan untuk berbuat begitu.Mereka tidak dibenarkan menyambut kelahiran bayi.Kerana,jika sesuatu berlaku pada si ibu,mereka akan dipersalahkan.Kalau beginilah caranya,tiada lah usaha2 untuk menambah bilangan bidan2 berpengalaman yang semakin berkurangan.Sepatutnya mereka ini ditempatkan dan bekerja bersama2 bidan berpengalaman disatu2 klinik desa sekurang2nya 5 tahun sebelum bidan berpengalaman itu pencen.Kalau tidak dibuat begini masakan mereka boleh mendapat pengalaman..?Bai jual roti tidak akan memberi mereka pengalaman begini....

     Apa yang aku merepek kali ini.Aku bukan boleh menggantikan Obama untuk mengubah dan meminda undang2...Aku cuma orang kampung yang ingin menyuarakan sedikit pendapat untuk dikongsi bersama.Aku harap korang hayati sedikit analisis aku dibawah ini.

     "Kenapa remaja masa kini begitu bermasaalah..?Dadah,sex budak sekolah,budaya kuning,buang bayi dan sebagainya..?Semuanya asyik menyalahkan si pelaku,gaya hidup,pemakanan,salah didikan,cara asuhan,kurang ilmu agama dan macam2 lagi.Kenapa tidak ada seorang pun yang terfikir,adakah semua itu disebabkan oleh kejahilan kita ketika bayi atau seawal anak kita dilahirkan..?Kenapa aku kata begitu..?Begini,seorang bayi dilahirkan,disambut oleh seorang doktor lelaki.Dah lah lelaki,kafir pulak tu.Siayah pula tidak dibenarkan ada bersama ketika bersalin.Jadi tiada harapan untuk azan ditelinga bayi,sebelum bayi itu mendengar perkara2 yang lain..Namun, dah 6 jam barulah dapat berjumpa dengan bayinya.Azan kan lah jugak,tapi bayi tu dah dengar macam2 sebelum tu.Ada jugak ayah yang dapat melihat bayi mereka seawal dilahirkan,tapi tak tau pulak nak buat apa..?Jahil jugak le.Bukan nak diazankan sianak tu,sebaliknya lain yang diucapnya.Contoh,"Alaa comei2 anak ayah...Alaa cayang bucuk..."Apa kejadahnya ini semua...?Kesimpulannya,mereka disambut kedunia ini dengan cara yang tidak betul...Manakan mereka boleh menjadi insan yang betul dikemudian hari..?Tak percaya...?Cuba ingat2 balik kepada yang telah mempunyai anak,lepas tu lihat2 anak anda sekarang..Kepada yang belum,tolong ambil sedikit iktibar.Kalau analisis aku ni tidak meyakinkan korang,korang boleh rujuk pada buku2 agama yang banyak dijual dipasaran.

     Lupakan saja coretan aku ini andainya tidak memberikan faedah kepada korang semua.Kepada yang ingin berfikir sejenak,berfikirlah diluar tempurung.Tidak mustahil,ini adalah salah satu sebab kenapa anak2 kita begitu kuat memberontak dewasa ini.Semua yang aku luahkan tidak semestinya betul.Pemikiran dari akal yang waras dialu2kan.

                              -----Assalammualaikum-----
     

LAWAK ZAMAN BATU


Jauh perjalanan luas pengetahuan,tetapi kalau asyik berjalan
bila nak sampai.


Sebusuk2 manusia,busuk lagi hati yang berbohong.
Tetapi kalau dah sebulan tak mandi,memang patut pun
korang busuk...


Akal kalau diasah akan berkembang
walaupun berkembang tak tentu saiz.