Wednesday, May 4, 2011

ADAKAH SEEKOR TOYOL..?

     Apa yang korang fikir kali pertama melihat gambar disebelah..?Adakah seekor toyol..?Adakah seekor anak jin..?Adakah seekor jenglot..?Atau seekor hantu yang berjaya ditangkap..?Jika itu adalah tekaan korang,,korang memang tersilap besar...

     Bukan anak jin,bukan toyol,bukan jenglot dan bukan hantu.Ia sebenarnya sejenis ubi seperti keledek yang boleh dimakan.Atau lebih tepat lagi,sejenis ginseng.

     Ubi herba ini bernama,He-Shou-Wu.Nama saintifiknya Polygonum Multiflorum.Sepanjang antara 3 ke 4 kaki.Berat dalam 4 kg.Ia didakwa boleh hidup sehingga 100 tahun.Ia juga dijadikan sebagai ubat di negara Cina dan Jepun.

     Ubi ini hanya terdapat di negara Cina.Menurut kisah orang2 disana,ubi ini mempunyai 2 spisis jantan dan betina.Dan ia hidup berpasangan.Namun bukan semua tanaman ini menghasilkan ubi yang berbentuk seperti manusia dan mempunyai alat kelamin.

Ada satu kisah dongeng yang popular dinegara Cina berkaitan dengan ubi ini.Menurut kesahnya :-

   Pada zaman Dinasti Tang,ada seorang pria yang bernama Tian'er He.Beliau berasal dari Wilayah Zhou.Berusia dalam lingkungan 58 tahun dan masih bujang.Beliau sering sakit2 dan berbadan lemah.Namun beliau suka meminum arak. 

     Pada satu malam,dalam keadaan mabuk ketika hendak pulang kerumah,beliau telah terjatuh ditepi semak dan terus tertidur.Setelah agak lama beliau terjaga dan terlihat dua jenis benda saling berkait antara satu sama lain.Benda itu sejenis ubi tetapi berbentuk seakan2   manusia.

     Beliau bangun dan cuba memisahkan ubi yang seakan2 sedang mengawan itu.Namun setelah 2,3 kali beliau pisahkan,ubi itu masih terus bercantum semula.Akhirnya beliau berputus asa lalu mengambil keputusan untuk membawa ubi itu balik kerumah.  Ubi itu kemudiannya dikeringkan dan disimpan.

    Beliau ada bertanya kepada penduduk desa berkenaan dengan ubi itu,namun tiada siapa yang tahu.hinggalah pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang sami.Menurut sami itu,Tian'er sudah berumur namun masih bujang dan sering sakit2 juga lemah badan.Beliau mencadangkan agar Tian'er memakan ubi itu.Menurut sami itu,ubi itu telah dikeringkan,namun masih melekat dan setia bersama pasangannya.Tentu ia mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.

     Lalu Tian'er memakan ubi itu bersama buah anggur setiap hari.Beberapa bulan kemudian Tian'er berasa badannya begitu sihat dan berkeinginan untuk berumah tangga.

     Setelah 2 tahun mengamalkan memakan tanaman itu,akhirnya Tian'er sembuh dari semua penyakit yang dihidapinya.Beliau juga telah berkahwin dan mempunyai anak.Beliau didakwa telah hidup hampir 160 tahun kerana mengamalkan memakan ubi tersebut.

     Bagaimana..?Korang percaya tak..?Terpulang pada korang.Bagi aku kalau ubi ni betul,itu semua tanda kebesaran tuhan,Allah Yang Maha Besar.Tiada yang mustahil baginya.Dan kalau ubi ini palsu,ini semua kerja orang2 yang tak bermoral.