Monday, May 23, 2011

PERINGATAN UNTUK WANITA YANG TIDAK BERTUDUNG...


     Assalammualaikum..


Baru2 ini aku ada mendengar ceramah bertajuk siapa penghuni neraka...Yang paling menarik untuk aku kongsi bersama ialah,wanita lebih ramai menghuni neraka dari lelaki.Dan salah satu sebab yang paling paling menarik tentang wanita yang menghuni neraka ini adalah kerana mereka tidak menjaga aurat mereka semasa didunia.

Aku tak pandai nak tulis berbunga2.Korang baca ye lah...

 - Rambut.

Ustaz-Assalammualaikum dik,boleh saya bertanya,kenapa adik tidak menutup aurat semasa berada diluar rumah..?

Noni-Waalaikumsalam,sebelum saya jawab,awak ni siapa nak jaga hal saya..?

Ustaz-Saya hanya seorang hamba Allah yang lemah dan ingin sampai menyampai perkara yang baik sesama insan...

Noni-Kalau macam tu awak ni tersalah tempat..Ada lebih baik awak berceramah di masjid ataupun surau2...Ini tempat menunggu bas..

Ustaz-Terpulanglah apa adik nak cakap...Cuma saya nak bagitahu yang rambut itu aurat wanita, mendedahkan rambut adalah berdosa...Kan elok kalau adik keluar rumah dengan memakai kain tudung...

Noni-Rambut ini rambut saya,awak tak ada hak nak paksa saya pakai itu pakai ini..Dan untuk pengetahuan awak, mak bapak saya pun tak pernah paksa saya pakai tudung...Rimas lah...Awak apa tahu,awak lelaki...

Ustaz-Adik,walaupun mak bapak adik tak paksa pakai tudung,tak kan adik tak pernah belajar disekolah yang menutup rambut itu wajib bagi wanita yang telah baligh..?

Noni-Entah...Saya tak ingat..

Ustaz-Haa..Jadi sekarang ni tuhan dah gerakkan hati seseorang untuk ingatkan adik apa yang adik dah lupakan...

Noni-Maksud awak..?

Ustaz-Mungkin tuhan masih sayangkan adik..Dan tak mahu adik terlajak jauh,lalu mempertemukan adik dengan saya di hentian bas ini...

noni-Tuhan mempertemukan saya dengan awak kerana tuhan masih sayangkan saya...Saya bertambah tak faham lah....?

Ustaz-Begini...Bagaimana jika tika dan saat ini bukan saya yang berada disini..?Bagaimana jika seorang pemabuk atau penipu yang sama2 menunggu bas disini..?Dapat adik bayangkan apa yang akan terjadi..?Adik tahu apa yang difikir oleh seorang pemabuk..?Adik tahu apa yang difikirkan oleh seorang penipu..?Mereka hanya memikirkan yang adik adalah seorang mangsa....Lebih2 lagi di waktu malam begini...

Noni-Tak terfikir pulak saya sampai ketahap itu...Oh ya,awak ni siapa..?

Ustaz-Telah saya katakan tadi,saya hanya makhluk tuhan yang lemah.Berpesan2 kepada kebenaran itu kan dituntut agama...

Noni-Boleh saya katakan sesuatu...?

Ustaz-Ya..

Noni-Saya masih muda,apa salahnya saya mendedahkan rambut saya seketika,nanti bila dah tua saya pakailah kain tudung....

Ustaz-Adik,adik tahu tak...?Kata2 macam adik ni lah yang membuatkan ramai penghuni neraka itu dari golongan wanita...

Noni-Kenapa awak berkata begitu...?

Ustaz-Begini dik....Sepatutnya dimasa muda ini lah adik wajib menutup rambut.Dimana adik masih cantik,kerana rambut itu akan menambahkan lagi berahi kepada lelaki yang memandang adik....Bukannya apabila adik dah tua nanti...Masa itu adik dah tak cantik lagi.Orang tengok uban adik pun lari,apa lagi nak dekat..Lagi pun itu kalau umor adik panjang dan sempat bertaubat...Bagaimana kalau umor adik pendek dan tak sempat bertaubat..?

Noni-Masuk akal juga kata2 awak ni...nanti lah saya fikir kan...

Ustaz-Alhamdulillah...Syukur..Sekurang2nya telah dibukakan hati adik  dan ditunjukkan jalan kebenaran...

Bas sampai.lalu Noni menaiki bas itu sementara si Ustaz masih lagi menadah tangan berdoa....Bas perlahan2 meninggalkan si Ustaz...

Bas penuh dengan penumpang.Hanya ada satu tempat kosong bersebelahan seorang lelaki..Noni terus duduk sambil menjeling kearah lelaki itu..Selang beberapa minit...

Lelaki-Hai...nak kemana..?

Noni-Kerja..

Lelaki-Kerja kat mana..?

Noni-Kat Hotel XYZ...

Lelaki-Ooo..Kalau macam tu tak jauh lah dengan tempat kerja saya...

Noni-Awak kerja kat mana..?

Lelaki-Kat pejabat pengiklanan,sebelah hotel yang awak kerja tu...

Noni-Wah...Kalau macam tu awak ni bekerja dengan model2 ternama lah...?

lelaki-Ada lah sikit2...Saya tengok potongan badan awak pun menarik jugak...Ada gaya model..hi hi..

noni-Awak biar betul...?Orang macam saya ni ada peluang ke nak jadi model..?Belajar pun tak setinggi mana..

Lelaki-Yang penting potongan badan awak menarik...Belajar tu nombor dua..Dengan rambut awak yang ikal bak mayang mengurai ni,saya rasa tak jadi masaalah untuk awak jadi tekenal...Percaya lah cakap saya...Lagi pun gaji yang akan awak terima nanti berpuluh2 ribu sebulan...Awak tak mahu ke hidup mewah..?Berapa sangatlah gaji awak sebagai pekerja hotel tu...

Noni-Tapi....

Lelaki-Tapi apa pula...

noni-Tadi saya ada berjumpa dengan seorang lelaki di perhentian bas,menurutnya memperagakan rambut itu haram,yakni mendedahkan aurat....Saya takut lah...

Lelaki-Itu perkara kecil..Apa yang nak dirisaukan...Nanti esok lusa bila dah kumpul duit banyak,berhentilah jadi model...Masa tu pakailah tudung dan tutuplah aurat...Bukan lama pun,dua tiga tahun je...

Noni-Awak biar betul...?

Lelaki-Betul...Takkan saya nak tipu pulak...Bukan sampai sepuluh tahun pun...Sekejap saja...Nah..Ni kad saya,nanti kalau berubah fikiran,talifon saya..

Noni-Ok...Nanti saya fikirkan...

Perjalanan masih jauh...Fikiran Noni melayang2...Memikirkan tawaran menjadi model yang ditawarkan oleh lelaki disebelahnya...Betul juga kata lelaki itu...Bila lagi nak merasa gaji yang banyak..?Nak harapkan kerja di hotel..?Pendapatan tak seberapa itu hanya habis untuk sewa rumah dan keperluan dapur...Tapi,bagaimana pula dengan nasihat Ustaz di perhentian bas tadi...?Aduh...Pening jugak kepala aku...Namun peluang bukan selalu datang...Ahh..Aku harung ajalah...Bukan lama pun...Dalam tiga tahun je...Lepas tu aku tutuplah aurat...Ok,ngam...Besok aku talifon lelaki tu...Tak sabar lak nak rasa dapat duit ribu2 sebulan....

Tiba2 bas dibrek mengejut...Satu denduman kuat kedengaran..

Esoknya,dimuka depan akhbar2 tempatan,satu kemalangan ngeri telah berlaku membabitkan sebuah bas dangan sebuah lori....Kesemua penumpang bas dan pemandu lori tebunoh,termasuk Noni.....Yang sedang berangan2 untuk menjadi seorang model.....


Moral / Peluang hanya datang sekali....................