Tuesday, June 7, 2011

PANTANG LARANG DULU-DULU...ADA LOGIKNYA


Ingat lagi tak masa kita kecik2 dulu,orang tua kita selalu sangat berpesan dengan pantang larang ketika melakukan sesuatu perkara ataupun pekerjaan,itu tak boleh,ini tak boleh...Itu jangan,ini jangan..Itu tak elok,ini tak elok...Kadang2 pesanan tu disertakan sekali dengan gambaran2 yang menakutkan... Sampai kita naik bosan ...Naik takut pun ada..Ni bila kita dah jadi bapak orang pulak,bila pikir2 balik,apa yang mak bapak kita pesan dulu tu,ada jugak kebenarannya.Korang ingat lagi tak,dulu2 banyak sangat pantang larangnya.Aku ada beberapa contoh yang aku rasa korang masih ingat tetapi mungkin ada yang tak berapa nak paham logik disebalik teguran,pesanan dan pantang larang tu.Ni aku berikan beberapa contoh....

1]Tidak baik mandi diwaktu senja/maghrib.

-Logiknya ia boleh digunakan pada zaman dahulu.Zaman sekarang aku tak pasti.Korang tentu tahu,zaman dahulu mana ada air paip.Kalau nak mandi kena pergi ke telaga,sungai atau pun perigi.Bayangkan apa yang boleh korang lakukan sekiranya berlaku kemalangan semasa korang sedang mandi diwaktu senja,seperti terjatuh kedalam perigi atau pun sungai.Disengat binatang berbisa seperti lipan atau pun kala jengking.Nak menjerit minta tolong,kalau dekat tak apa lah jugak,kalau jauh seperti di sungai..?Itu pun belum tentu ada orang yang mendengar jeritan korang,kerana masing2 dah berkurung didalam rumah,selebihnya mungkin telah pergi ke surau atau pun masjid untuk solat berjamaah.Jadi kalau orang tua kita dahulu sering berpesan tidak baik mandi diwaktu senja,aku rasa inilah antara sebabnya.

2]Jangan tidur menelangkup,sambil kedua2 belah kaki dinaikan keatas,nanti mak atau ayah kita akan mati.

-Logiknya kerana ia berkaitan dengan kesopanan.Berkenaan dengan kematian mak atau pun ayah kita,itu hanyalah untuk menakut2kan kita.Itu jangan korang percaya.Rumah2 kampung pada zaman dahulu tidaklah sebesar mana.Kalau ada dua bilik tidur,itu sudah dikira besar.Jadi dengan rumah yang sempit dan bilangan keluarga yang ramai,kita akan banyak menghabiskan masa untuk berehat duruang tamu atau pun diberanda rumah.Tidak seperti anak2 kita dizaman ini yang mempunyai bilik setiap sorang.Apa yang paling ditakuti pada masa tu,kalau yang tidur menelangkup itu seorang gadis,tiba2 datang tetamu kerumah.Apa yang difikirkan oleh tetamu bila melihat keadaan itu?Tentu tetamu menganggap tidak bersopan atau pun tuan rumah tidak tahu menjaga/mendidik anak.Jadi ia akan mengaibkan tuan rumah.Kalau sekarang ada anak gadis yang tidur begitu,terpulanglah,sebab masing2 ada bilik sendiri.Tetamu pun tak nampak.

3]Jangan main nyorok2 pada waktu malam,nanti disorok oleh hantu kopek.

Logiknya, pada zaman dahulu tiada bekalan elektrik,hanya menggunakan pelita minyak tanah atau pun lampu gas.Apa akan terjadi kalau kita yang masih budak2 main sorok2 kat dalam rumah?Kita hanya fikirkan keseronokan.berlari kesana kesini untuk mencari tempat menyorok.Bayangkan kalau kita terlanggar pelita minyak tanah.Tak pasal2 rumah hangus terbakar.Kita juga mungkin akan jatuh tersungkur tersandung bendul pintu kerana keadaan cahaya yang tak berapa nak terang.Jatuh tak apa,kalau terseliuh atau pun patah?Dah satu hal lagi,klinik bukannya dekat,kenderaan pulak tak ada...Jadi siapa yang susah?Semuanya susah....Bab hantu kopek tu,aku tak pasti...belum pernah aku dengar ada budak2 yang disorok hantu kopek ni...

Ada banyak lagi pantang larang dan teguran yang seperti diatas.Aku tak dapat nak tulis semua,sebab aku pun dah tak berapa nak ingat...Kalau korang masih ingat atau pun tahu dan nak kongsi dengan pembaca yang lain,korang boleh email kan kat aku di, ruslantalib1@hotmail.com
Nanti aku akan siarkan dientri yang lain.Apa yang pasti pantang larang dulu2 banyak kebaikannya.Kalau korang rajin berfikir,korang tentu akan terfikir sesuatu.Berfikir diluar tempurung,bukan melalui mata tempurung.Salam satu Malaysia.

-Assalammualaikum-