Friday, June 10, 2011

JAHIL

Assalammualaikum,Salam satu Malaysia...

Terima kasih aku ucapkan pada korang yang masih sudi melayan blog aku ni.Terlebih dulu,aku mintak maaf pasal dah jarang2 menulis.Bukan malas,kerja terlampau banyak,badan letih dan tak ada modal nak menulis.

Baru2 ni ada komen dari pembaca yang marah sangat dengan tulisan aku.Aku rasa apa yang aku tulis tak menyalahi undang2 dan tidak menyesatkan.Aku tak tahu apa masaalah sebenar pembaca tu sampai marah sangat kat aku hingga keluar kata2 yang tak sedap didengar didalam komen2nya.Mungkin apa yang aku tulis terkena pada batang hidungnya..?Atau perangainya sama dengan watak yang aku ceritakan..?Atau sekadar untuk menegakkan benang basah diwaktu ribut melanda..?Apa2 pun aku ucapkan terima kasih jugak dengan komennya itu,aku tak salahkan dia 100%,mungkin dia begitu kerana kurangnya didikan...Atau dia berpelajaran tinggi,cuma otaknya tak berapa nak berkembang,lantas dia tidak boleh menerima teguran,walaupun teguran itu berlandaskan agama...Apa2 pun terima kasih kerana masih sanggup melayan blog aku walaupun dalam hati berapi2..Ha ha ha

Dunia hari ini sudah berputar semula kepada awalannya...Bermula zaman jahil kepada zaman moden,dan kini menuju ke zaman jahil semula..Perkara yang benar diperlekehkan,dipertikaikan,manakala perkara yang salah ditegakkan dan dihalalkan...Beberapa contoh baru2 ini,seorang lelaki merujuk ke mahkamah agar beliau diberi status baru sebagai seorang wanita,dengan alasan beliau telah melakukan pembedahan menukar jantina...Apa nak jadi..?Tidak kah itu menunjukan pemikiran orang jahil..?Sedangkan dalam islam,seorang lelaki yang sengaja menyerupai seorang wanita adalah haram...Inikankan pula sanggup menukar jantina...?Memang jahil...Bukan aku yang meletakkan hukum,hukum itu telah termaktub,dan tidak boleh diubah...

Di Indonesia pula,seorang suami tidak mengetahui yang isterinya seorang lelaki sama sepertinya.Perkara itu hanya terbongkar setelah 6 bulan mereka berkahwin.Aku tak berapa nak faham sangat kes ni,sama ada sisuami yang dungu atau pun siisteri yang mahir berlakon.Apa2 pun,siisteri adalah jahil kerana beliau tidak tahu,atau pun saja buat2 tak tahu bahawa perkahwinan sesama jenis itu adalah haram...

Tak payah lah aku nak cerita bab2 lain seperti rogol,samun,judi,bunoh,buang anak,zina,mabuk dan bermacam2 lagi...kang kena kat kaum,bangsa dan agama sendiri jugak.

Dan kepada mereka2 yang masih nak menegakkan perkara yang salah,bawak2 lah bertaubat..Jangan tahu buat sahaja...Aku pun dulu tak lah baik sangat,tetapi bawak2 la berubah..Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka..Kepada sesiapa yang masih marah kat aku,aku tak ambil hati pun..Aku tak berdendam pun kat korang..Jangan jadi orang yang jahil...

p/s-Blog aku dibaca oleh berbagai peringkat usia,beberapa kandungan komen dalam blog aku terpaksa aku padam kerana mengandungi kata2 yang tak berapa nak elok.