JUST ME AND ME AGAIN

Friday, December 9, 2011

20 SEN

    
 Suatu ketika aku terlihat seorang tua sedang terbatuk-batuk ditepi sebuah tandas awam.Badannya kurus,pakaiannya compang-camping,koyak disana sini seperti tidak pernah diganti.Kasut yang dipakainya telah terlalu usang dan berlubang didepannya.Beliau membawa sebuah beg plastik seakan-akan beg plastik pembungkus beras.Apa yang ada didalamnya aku tidak pasti.Melihat pada keadaan zahirnya,aku pasti situa ini hidup melarat ditepi kaki lima ataupun dibawah jambatan.Ahh...Lantaklah...Banyak lagi perkara lain yang hendak aku pikirkan.

     10 minit menunggu isteriku membayar bil disebuah bank terasa seakan 10 jam...Memang betul kata bidalan,penantian itu satu penyiksaan...Aku cuba menghilangkan kebosanan dengan membaca majalah yang baru aku beli tadi dengan harapan masa akan berlalu dengan pantas.Namun membaca majalah ditepi jalan yang sibuk dibawah bahang matahari bukanlah satu idea yang bijak.Aku menjadi rimas dan berpeluh....Akhirnya majalah itu menjadi mangsa keadaan,aku jadikannya kipas untuk menyejukan badan...Ahh...Lega sedikit..

     Sambil mengipas aku memandang kekiri dan kekanan jalan.Kenderaan yang lalu lalang seakan akan semut yang sedang berlumba-lumba membawa makanannya kesarang.Bosan sungguh aku melihat keadaan begini.Otak aku mula berfikir sesuatu yang bodoh.Boleh tak satu hari dalam sebulan dijadikan hari tanpa kenderaan diatas jalan raya..?Emm...Idea bodoh,aku rasa akulah orang pertama yang memprotes andainya peraturan itu dikuat kuasakan....

     Tiba-tiba aku terlihat kembali situa dengan beg plastik kesayangannya..Kelihatan seperti situa itu sedang memperkatakan sesuatu kepada penjaga tandas awam.Muka penjaga tandas awam seakan sedang menahan marah.Timbul minat dihati aku untuk menyibuk sambil mengetahui apa yang diperkatakannya.Aku berjalan kearah tandas awam lalu berhenti dibelakang situa seakan-akan sedang beratur untuk menggunakan tandas awam itu.

     Aku mula memasang telinga.Situa berkata dengan perlahan dan terketar-ketar manakala penjaga tandas awam mengeluarkan maki dan hamun.Kini aku sudah tahu apa sebenarnya yang berlaku.Perkara remeh begini pun ingin diperbesarkan....Getus hati ku.

     Ceritanya begini...Situa seorang peminta sedekah dan beliau ingin menggunakan tandas awam namun beliau tidak dibenarkan masuk selagi tidak membayar 20 sen.Fikirlah wahai penjaga tandas yang waras,manalah sipeminta sedekah ada wang untuk ketandas.Bosan mendengar penjelasan bodoh sipenjaga tandas,aku keluarkan not seringgit lalu aku balingkan keatas meja penjaga tandas awam.Matanya terkebil-kebil memandang aku tanpa sepatah kata-kata.

     "...Pak cik masuklah...Saya dah tolong bayarkan untuk pak cik..."Situa itu dengan terketar-ketar menahan kencing berlalu masuk kedalam tandas.Kini aku pula yang mula naik angin dengan penjaga tandas awam.

     "...Bang...Majikan abang akan muflis ke kalau abang sedekahkan 20 sen untuk situa tu..?Bang...Kalau saya jadi situa tu,saya tak akan bayar 20 sen untuk  masuk ketandas kalau perangai abang macam ni.Saya lepaskan aje kedalam longkang dibelakang tandas abang ni.Biar tandas abang busuk...Siapa yang susah nanti bang..?Abang jugak yang susah kena bersihkan...Kan..Kan..?"

     Aku berlalu pergi setelah berasa puas dengan apa yang aku hamburkan kepada penjaga tandas awam.Penjaga tandas awam masih lagi terkebil-kebil seperti cicak tertelan kapur barus.

     Aku menuju terus kekereta.Isteriku telah sedia menunggu.Aku hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk lalu masuk kedalam kereta.Tanpa sepatah kata-kata kereta aku pandu kedestinasi.Didalam perjalanan aku asyik berfikir...Rasa-rasanya tak lah susah sangat kalau kita nak membantu seseorang....Lalu timbul pula sedikit rasa puas kerana dapat membantu ....Walaupun bantuan yang dihulur tak sebesar mana...Hanya bernilai 20 sen.....