Thursday, March 29, 2012

SEBERKAS KAYU API,SEBILAH PARANG DAN SEKOTAK MANCIS


     Ada seorang lelaki yang ingin sangat mengetahui erti kesabaran dan ketabahan.Telah banyak tempat beliau bermusafir,namun tidak seorang pun bijak pandai yang ditemuinya dapat menjelaskan erti kesabaran dan ketabahan dengan sejelas-jelasnya.Jawapan-jawapan yang diterimanya hanyalah berdasarkan logik akal dan tidak berkesan dihatinya.Sehinggalah pada suatu hari beliau singgah disebuah perkampungan yang begitu asing baginya.Tidak ada sebatang pokok pun yang hidup dikampung itu.Tidak ada rumput menghijau.Tidak ada ladang terbentang.Cuma kelihatan rumah-rumah usang yang yang telah ditelan zaman menunggu masa menyembah bumi.Debu kuning berterbangan disana-sini.Penduduknya hanyalah beberapa orang tua yang telah dimamah usia.Mereka kelihatan tercengang-cengang melihat kehadirannya seakan-akan melihat makhluk asing.Lalu beliau menghampiri seorang tua bertongkat dengan harapan untuk mendapatkan kepastian apa yang dilihatnya.

Musafir-"Sejahtera...Saya musafir dari barat.Bermusafir kesana-kemari mencari erti kesabaran dan ketabahan.Kalau tak keberatan ingin saya bertanya,kenapa begini keadaannya perkampungan ini.Tiada berpokok,tiada berumput.Kering kontang tanahnya,berdebu sentiasa..Apakah saya yang keliru lantaran terlalu kepenatan bermusafir...."

Orang tua-"Sejahtera atas kamu juga anak muda...Mata mu tidak tertipu.Apa yang kamu lihat itulah yang kamu alami.Kamu tidak keliru.Kamu tidak bermimpi.Sudah suratan hidup kami ditakdirkan begini.Hujan hanya datang sekali dalam setahun.Tadahannya hanya mampu untuk membasahkan tekak kami sekeluarga.Tidak berupaya untuk menyirami tanaman,pokok-pokok dan rerumput dipadang.Lantaran itulah semuanya pupus ditelan kemarau.Ramai pemuda dan pemudi yang berkudrat dikampung ini telah berhijrah ketempat lain yang subur.Tinggallah kami yang tidak berupaya untuk berhijrah menghabiskan sisa-sisa hidup kami disini dengan harapan suatu hari nanti keadaan akan berubah...."

Musafir-"Bertapa terharunya saya melihat penderitaan pak cik....Ternyata inilah kesabaran dan ketabahan yang saya cari selama ini.Ianya tidak dihati tetapi dihadapan mata saya...."

Orang tua-"Orang muda,jika apa yang kamu lihat ini kamu katakan kesabaran dan ketabahan itu tidak memadai bagi diri kamu.Sesungguhnya kesabaran dan ketabahan itu harus memberkas dihati kamu bukan dimata kamu..."

Musafir-"Harus bagaimana saya ingin mendapat kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati...?"

Orang tua-"Begini anak muda...Jika benar-benar kamu ingin mencari kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati,kamu teruskan perjalanan kamu kearah utara...Dengan izin tuhan kamu akan berjumpa tempat itu dan apa yang kamu hajati nanti...Terimalah sekotak mancis ini sebagai tanda persahabatan kita.Hanya ini yang saya ada."

Musafir-"Terima kasih,kalau begitu kata pak cik,saya amat teruja.Saya akan teruskan perjalanan keutara...Sejahtera pak cik.....Selamat tinggal."

Orang tua-"Sejahtera anak muda.Selamat jalan dan semoga berjaya...."

     Beliau meneruskan semula perjalanannya kearah utara dalam usaha untuk mencari erti sebenar kesabaran dan ketabahan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Kini telah sebulan beliau bermusafir kearah utara.Bekalan makanan yang dibawa telah habis sehari yang lalu.Perutnya begitu lapar.Tekaknya begitu dahaga.Namun tempat yang dimaksudkan oleh orang tua itu masih juga belum ditemuinya.Sedang beliau termanggu-manggu dibawah teduhan,beliau terpandang seorang musafir sepertinya lalu dihadapannya.Lantas disapanya.

Musafir-"Sejahtera...Anda bermusafir saya pun bermusafir.Tempat dituju belum ditemui namun bekalan makanan kehabisan pula.Kalau tak keberatan mohon lah kiranya hulurkan barang sedikit makanan buat penyambung hayat..."

Musafir lalu-"Sejahtera atas kamu juga...Makanan yang ada tidaklah seberapa,hanya sebuku roti yang boleh dikongsi bersama..."

     Lantas si musafir lalu memberikan sebahagian daripada rotinya kepada beliau.Beliau menerimanya dengan hati yang begitu gembira.

Musafir-"Terima kasih wahai saudara.Hanya tuhan yang dapat membalas jasa saudara...."

Musafir lalu-"Sama-sama.Sebagai tanda persahabatan kita terimalah seberkas kayu  ini sebagai hadiah.Hanya ini yang dapat saya hadiahkan kerana saya seorang pencari kayu....Gunakanlah bila perlu sahabat ku.....Selamat tinggal.."

Musafir-"Baiklah saudara.Saya hargai pemberian saudara ini.Selamat jalan..."

     Beliau meneruskan kembali perjalanannya setelah menghabiskan roti pemberian si musafir lalu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Kini telah dua hari beliau berjalan tanpa makan sambil memikul seberkas kayu yang diberi oleh si musafir lalu.Tiba-tiba beliau terlihat seorang musafir lalu dihadapannya.Lantas disapanya.

Musafir-"Sejahtera..Saya bermusafir,anda bermusafir.Tempat yang dituju masih jauh,makanan pula telah kehabisan.Kalau tak keberatan mohonlah kiranya hulurkan sedikit makanan buat penyambung hayat..."

Musafir lalu 2-"Sejahtera atas kamu juga.Makanan ku juga tidak seberapa.Hanya tinggal sekeping daging.Nah,ambil lah separuh agar kita tidak kelaparan..."

Musafir-"Terima kasih saudara.Hanya tuhan yang dapat membalas budi saudara...."

Musafir lalu 2-"Sama-sama...Sudilah kiranya menerima hadiah sebilah parang dari saya sebagai tanda persahabatan.Hanya ini yang saya ada kerana saya seorang tukang sembelih....Gunakanlah bila perlu wahai sahabatku.Selamat tinggal..."

Musafir-"Saya hargai pemberian saudara ini,selamat jalan...."

     Setelah habis memakan sebahagian daging itu,beliaupun meneruskan kembali perjalanannya kearah utara sambil memikul seberkas kayu dan sebilah parang.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Setelah sehari suntuk berjalan beliau begitu letih.Perutnya pun telah kelaparan kembali.Beberapa kali beliau hampir tersungkur lantaran beban yang dipikul juga agak berat.Lalu terfikir oleh beliau....

Musafir-"Ada lebih baik aku tinggalkan sahaja kayu ini.Ia dapat meringankan beban ku.Lagipun apa perlunya aku membawa kayu ini dalam usaha untuk mencari kesabaran dan ketabahan...?

     Lalu kayu itu ditinggalkan oleh beliau.Perjalanan diteruskan kembali.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Hari berikunya dilalui seperti hari semalam.Namun kelaparan dan keletihannya begitu terasa.Sudah tidak terkira berapa kali beliau tersungkur.Tiba-tiba beliau terfikir sesuatu....

Musafir-"Ada lebih baik aku buangkan sahaja parang ini.Dalam keadaan begini ia amat membebankan aku.Walaupun beratnya tak seberapa namun aku tidak mampu membawanya lagi....."

     Lalu parang itu pun ditinggalkannya.Yang ada padanya hanyalah sekotak mancis pemberian orang tua dikampung dahulu.Hanya itu yang mampu dibawanya.Beliau berharap akan berjumpa dengan tempat yang akan menunjukkan kepadanya kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati secepat yang mungkin.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Keesokannya beliau sudah tidak mampu untuk berjalan lagi.Lalu beliau duduk ditepi sebuah busut dipadang pasir yang tandus itu.Beliau merasakan sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan keutara.Kini beliau hanya mampu berdoa kalau-kalau ada musafir yang akan lalu dihadapannya.Dapatlah beliau nanti meminta barang sedikit makanan.

     Selang beberapa minit melintaslah seekor kambing dihadapannya.Dengan sedikit tenaga yang tinggal,beliau cuba menangkap kambing itu untuk dijadikan makanan.Usahanya berjaya kerana kambing itu pun tidak bermaya kerana telah tersesat dipadang pasir beberapa hari.Hatinya gembira bukan kepalang...

     Namun seketika kemudian beliau terfikir...

Musafir-"Masakan aku dapat memakan kambing ini....nak disembelih,parang telah kubuang...Nak dipanggang,kayu telah aku tinggalkan....Nak ku makan kambing ini hidup-hidup...Aku tak termampu.....Kalau lah aku ada sedikit ketabahan untuk membawa seberkas kayu dan sebilah parang...Oh tuhan ku...Aku begitu menyesal....Namun dengan penyesalan ini aku telah menemui kesabaran dan ketabahan yang aku cari selama ini...Dan ia telah memberkas dihati aku ketika ini....Kalaulah aku bersabar dan tabah dalam beberapa hari yang lalu aku mungkin tidak dapat mencari kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati.....Kerana kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati itu hanya akan ditemui setelah timbul penyesalan....................Hayat ku mungkin akan tamat disini namun aku bersyukur kerana aku telah menemui  tempat dimana kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati.....................Yang akan kubawa pergi bersama ku..........

     




Monday, March 19, 2012

AKU KAN SYAITAN DURJANA.....

     Pernah suatu ketika tiga sekawan yang kemabukan arak menceroboh sebuah rumah dengan niat untuk merompak.Namun setelah diselongkar tiada apa barang yang berharga didalam rumah itu.Tuan punya rumah seorang wanita tua beserta dua orang anak seorang perempuan dan seorang laki-laki sedang menggigil ketakutan dipenjuru rumah.Wanita tua itu tidak habis-habis merayu dan meminta agar mereka sekeluarga tidak diapa-apakan.Tiga sekawan yang kemabukan arak itu semakin berang setelah gagal mendapat apa yang mereka hajati.Lalu tiga sekawan itu mengikat wanita tua pada sebatang tiang rumah sambil mengancam akan membunoh kedua-dua anak wanita tua itu sekiranya wanita tua itu tidak menyerahkan barang-barang berharga yang dimiliki kepada mereka.Namun jawapan yang diberikan oleh wanita tua  tetap mengecewakan tiga sekawan yang kemabukan arak itu.Wanita tua itu memaklumkan yang dia tidak memiliki barang berharga.

Wanita tua-"Tolonglah lepaskan kami...Kami tak punya apa-apa barang berharga..Kami orang susah...Tolonglah kasihani kami sekeluarga..."

Pemuda 1-"Cis...Sia-sia sahaja aku pecah masuk kerumah engkau wahai orang tua kalau aku keluar tanpa membawa barang berharga....Baiklah kalau engkau enggan berkata dimana engkau simpan barang berharga itu aku akan bunoh anak lelaki engkau..."Lalu menarik anak lelaki wanita tua  sambil meletakkan sebilah parang keleher pemuda itu.

Wanita tua-"Tolonglah lepaskan kami....Janganlah apa-apakan anak aku..Aku betul-betul tak punya apa-apa...Lihatlah sekeliling engkau...Kami orang susah...Masakan kami ada menyimpan barang berharga..."

Pemuda 2-"Mungkin benar kata wanita tua itu dia tak punya barang berharga..."

Pemuda 3-"Apa yang harus kita lakukan sekarang...?Badan aku letih menyelongkar sebuah rumah namun hasilnya tiada..."

Pemuda 1-"Apa kata kita bunoh sahaja kesemua mereka...?Lagi pun mereka tidak membawa keuntungan kepada kita...."

Wanita tua terkejut mendengar kata-kata pemuda itu.

Wanita tua-"Kasihanilah kami...Janganlah bunoh kami bertiga...Aku sanggup buat apa sahaja kalau engkau lepaskan kami...Tolonglah....."

Pemuda 3-"Ha ha ha...Lihat...Wanita tua ini sanggup buat apa sahaja untuk kita...Apa kata kita bunoh dia dahulu kemudian anak-anaknya...?"

Pemuda 2-"Aku pasti wanita tua itu sanggup berkorban demi anak-anaknya..."

Pemuda 1-"Aku rasa itu tidak berapa menyeronokan...Apa kata kalau kita menonton sesuatu yang menghiburkan,lagipun kita tak rugi apa-apa pun...."

Pemuda 3-"Maksud kamu...?"

     Pemuda 1 lantas menarik anak lelaki wanita tua itu lalu menolaknya sehingga terjatuh diatas lantai.Kemudian pemuda 1 mengeluarkan sebotol arak dari dalam poket seluarnya lalu berkata.

Pemuda 1-"Aku tahu wanita tua itu sanggup berkorban apa sahaja demi keselamatan anak-anaknya.Tetapi adakah anak-anaknya sanggup berkorban demi ibunya...?Wahai anak wanita tua,aku bagi engkau tiga pilihan,kalau engkau pilih salah satu daripadanya,nyawa ibu engkau akan selamat.Pertama,engkau hanya perlu meminum arak ini sehingga mabuk.Kedua engkau perkosa adik perempuan enkau dihadapan kami semua.Dan ketiga bunoh sahaja ibu engkau jadi nyawa engkau dan maruah adik engkau akan selamat.....Bagaimana...?"

Anak lelaki-"Sungguh aku tidak mampu untuk melakukan salah satu daripadanya...Kesemuanya dilaknat Allah...Dosanya amat besar...Tolonglah lepaskan kami......"

Pemuda 1-"Ha ha ha....Betul tak apa aku kata...Anak wanita itu tidak akan mampu untuk berkorban demi ibunya......Sedangkan ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi nyawa anaknya....."

Pemuda 3-"Kalau engkau tidak mampu untuk membuat pilihan,Biar aku sahaja yang memperkosa adik engkau....Ha ha ha....."

Pemuda 2-"Aku pula akan bunoh ibunya dihadapan matanya sendiri...Ha ha ha..."

Pemuda 1-"Bagaimana..?Aku bagi engkau satu lagi peluang untuk memilih salah satu dari tiga perkara tersebut....Kalau engkau tak mampu juga,adik engkau akan menjadi mangsa pertama kami...Ha ha ha..."

Anak lelaki-"Baiklah...Bagi aku masa berfikir sebentar....Fikiran aku buntu..."

Pemuda 1-"Cepat,sebelum kami bertukar fikiran...."

  Setelah difikir dan difikir,akhirnya anak lelaki itu membuat kesimpulan.Membunoh ibunya begitu besar dosanya.Memperkosa adiknya sendiri,besar juga dosanya,namun meminum arak sehingga mabuk,tetap berdosa dan amalannya tidak akan diterima tuhan untuk setiap titik yang dia minum,tetapi nyawa ibu dan maruah adiknya akan selamat.Nanti dia akan bertaubat...Lalu itulah yang dapat difikirkannya dalam waktu yang terdesak itu...

Anak lelaki-"Baiklah,ini pilihan aku.Aku akan pilih untuk meminum arak sehingga mabuk....Dengan syarat engkau akan lepaskan  ibu dan adik aku...."

Pemuda 1-"Aku setuju.Nah ambil arak ini dan minum sehingga ketitisan yang terakhir....."

    Lalu anak lelaki itu mencapai botol arak dari pemuda 1 dan terus meminumnya sehingga habis...Selang beberapa minit,anak lelaki itu mula berasa loya dan mabuk.Kepalanya berdenyut-denyut.Nafasnya tak keruan.Terasa dirinya diawang-awangan.Jiwanya memberontak.Dia terpandang adik perempuannya.Secara mendadak nafsunya meningkat.Lalu diperkosa adiknya dihadapan ibunya sendiri.Otaknya tidak dapat membuat pertimbangan lagi lalu nafsu menguasai diri.Melihatkan tingkah laku anak lelakinya yang tidak ubah seperti haiwan ,si ibu menangis sambil merayu kepada sianak agar memberhentikan perbuatan terkutuk itu....Namun sianak pula yang naik berang bila ibunya asyik merayu-rayu disaat dia melempiaskan nafsunya lalu diambilnya parang dari tangan pemuda 2 dan ditusuknya keperut ibunya berkali-kali sehingga ibunya tidak bernyawa lagi.Kemudian anak lelaki itu menyambung semula perbuatan terkutuknya sehingga selesai.Kemudian dia yang dalam keletihan terus tertidur.Manakala siadik perempuan yang tak sanggup menanggung malu,mengambil parang diperut ibunya lalu ditosokkan keperutnya sendiri dan rebah tidak bernyawa.

Pemuda 2-"Ha ha ha....Cadangan engkau memang hebat...Lihatlah hasilnya.Kita tak perlu mengotorkan tangan dengan darah mereka....."

Pemuda 1-"Ha ha ha....Engkau takkan tak kenal aku siapa...?Aku kan syaitan durjana......"

Pemuda 3-"Mudah sungguh untuk menyesatkan manusia.....Ha ha ha...."

     Renung-renungkanlah wahai sahabat ku...Arak itu begitu besar pengaruhnya kepada manusia.Kerana arak itu adalah ibu segala kejahatan dan maksiat.