JUST ME AND ME AGAIN

Thursday, March 29, 2012

SEBERKAS KAYU API,SEBILAH PARANG DAN SEKOTAK MANCIS


     Ada seorang lelaki yang ingin sangat mengetahui erti kesabaran dan ketabahan.Telah banyak tempat beliau bermusafir,namun tidak seorang pun bijak pandai yang ditemuinya dapat menjelaskan erti kesabaran dan ketabahan dengan sejelas-jelasnya.Jawapan-jawapan yang diterimanya hanyalah berdasarkan logik akal dan tidak berkesan dihatinya.Sehinggalah pada suatu hari beliau singgah disebuah perkampungan yang begitu asing baginya.Tidak ada sebatang pokok pun yang hidup dikampung itu.Tidak ada rumput menghijau.Tidak ada ladang terbentang.Cuma kelihatan rumah-rumah usang yang yang telah ditelan zaman menunggu masa menyembah bumi.Debu kuning berterbangan disana-sini.Penduduknya hanyalah beberapa orang tua yang telah dimamah usia.Mereka kelihatan tercengang-cengang melihat kehadirannya seakan-akan melihat makhluk asing.Lalu beliau menghampiri seorang tua bertongkat dengan harapan untuk mendapatkan kepastian apa yang dilihatnya.

Musafir-"Sejahtera...Saya musafir dari barat.Bermusafir kesana-kemari mencari erti kesabaran dan ketabahan.Kalau tak keberatan ingin saya bertanya,kenapa begini keadaannya perkampungan ini.Tiada berpokok,tiada berumput.Kering kontang tanahnya,berdebu sentiasa..Apakah saya yang keliru lantaran terlalu kepenatan bermusafir...."

Orang tua-"Sejahtera atas kamu juga anak muda...Mata mu tidak tertipu.Apa yang kamu lihat itulah yang kamu alami.Kamu tidak keliru.Kamu tidak bermimpi.Sudah suratan hidup kami ditakdirkan begini.Hujan hanya datang sekali dalam setahun.Tadahannya hanya mampu untuk membasahkan tekak kami sekeluarga.Tidak berupaya untuk menyirami tanaman,pokok-pokok dan rerumput dipadang.Lantaran itulah semuanya pupus ditelan kemarau.Ramai pemuda dan pemudi yang berkudrat dikampung ini telah berhijrah ketempat lain yang subur.Tinggallah kami yang tidak berupaya untuk berhijrah menghabiskan sisa-sisa hidup kami disini dengan harapan suatu hari nanti keadaan akan berubah...."

Musafir-"Bertapa terharunya saya melihat penderitaan pak cik....Ternyata inilah kesabaran dan ketabahan yang saya cari selama ini.Ianya tidak dihati tetapi dihadapan mata saya...."

Orang tua-"Orang muda,jika apa yang kamu lihat ini kamu katakan kesabaran dan ketabahan itu tidak memadai bagi diri kamu.Sesungguhnya kesabaran dan ketabahan itu harus memberkas dihati kamu bukan dimata kamu..."

Musafir-"Harus bagaimana saya ingin mendapat kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati...?"

Orang tua-"Begini anak muda...Jika benar-benar kamu ingin mencari kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati,kamu teruskan perjalanan kamu kearah utara...Dengan izin tuhan kamu akan berjumpa tempat itu dan apa yang kamu hajati nanti...Terimalah sekotak mancis ini sebagai tanda persahabatan kita.Hanya ini yang saya ada."

Musafir-"Terima kasih,kalau begitu kata pak cik,saya amat teruja.Saya akan teruskan perjalanan keutara...Sejahtera pak cik.....Selamat tinggal."

Orang tua-"Sejahtera anak muda.Selamat jalan dan semoga berjaya...."

     Beliau meneruskan semula perjalanannya kearah utara dalam usaha untuk mencari erti sebenar kesabaran dan ketabahan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Kini telah sebulan beliau bermusafir kearah utara.Bekalan makanan yang dibawa telah habis sehari yang lalu.Perutnya begitu lapar.Tekaknya begitu dahaga.Namun tempat yang dimaksudkan oleh orang tua itu masih juga belum ditemuinya.Sedang beliau termanggu-manggu dibawah teduhan,beliau terpandang seorang musafir sepertinya lalu dihadapannya.Lantas disapanya.

Musafir-"Sejahtera...Anda bermusafir saya pun bermusafir.Tempat dituju belum ditemui namun bekalan makanan kehabisan pula.Kalau tak keberatan mohon lah kiranya hulurkan barang sedikit makanan buat penyambung hayat..."

Musafir lalu-"Sejahtera atas kamu juga...Makanan yang ada tidaklah seberapa,hanya sebuku roti yang boleh dikongsi bersama..."

     Lantas si musafir lalu memberikan sebahagian daripada rotinya kepada beliau.Beliau menerimanya dengan hati yang begitu gembira.

Musafir-"Terima kasih wahai saudara.Hanya tuhan yang dapat membalas jasa saudara...."

Musafir lalu-"Sama-sama.Sebagai tanda persahabatan kita terimalah seberkas kayu  ini sebagai hadiah.Hanya ini yang dapat saya hadiahkan kerana saya seorang pencari kayu....Gunakanlah bila perlu sahabat ku.....Selamat tinggal.."

Musafir-"Baiklah saudara.Saya hargai pemberian saudara ini.Selamat jalan..."

     Beliau meneruskan kembali perjalanannya setelah menghabiskan roti pemberian si musafir lalu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Kini telah dua hari beliau berjalan tanpa makan sambil memikul seberkas kayu yang diberi oleh si musafir lalu.Tiba-tiba beliau terlihat seorang musafir lalu dihadapannya.Lantas disapanya.

Musafir-"Sejahtera..Saya bermusafir,anda bermusafir.Tempat yang dituju masih jauh,makanan pula telah kehabisan.Kalau tak keberatan mohonlah kiranya hulurkan sedikit makanan buat penyambung hayat..."

Musafir lalu 2-"Sejahtera atas kamu juga.Makanan ku juga tidak seberapa.Hanya tinggal sekeping daging.Nah,ambil lah separuh agar kita tidak kelaparan..."

Musafir-"Terima kasih saudara.Hanya tuhan yang dapat membalas budi saudara...."

Musafir lalu 2-"Sama-sama...Sudilah kiranya menerima hadiah sebilah parang dari saya sebagai tanda persahabatan.Hanya ini yang saya ada kerana saya seorang tukang sembelih....Gunakanlah bila perlu wahai sahabatku.Selamat tinggal..."

Musafir-"Saya hargai pemberian saudara ini,selamat jalan...."

     Setelah habis memakan sebahagian daging itu,beliaupun meneruskan kembali perjalanannya kearah utara sambil memikul seberkas kayu dan sebilah parang.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Setelah sehari suntuk berjalan beliau begitu letih.Perutnya pun telah kelaparan kembali.Beberapa kali beliau hampir tersungkur lantaran beban yang dipikul juga agak berat.Lalu terfikir oleh beliau....

Musafir-"Ada lebih baik aku tinggalkan sahaja kayu ini.Ia dapat meringankan beban ku.Lagipun apa perlunya aku membawa kayu ini dalam usaha untuk mencari kesabaran dan ketabahan...?

     Lalu kayu itu ditinggalkan oleh beliau.Perjalanan diteruskan kembali.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Hari berikunya dilalui seperti hari semalam.Namun kelaparan dan keletihannya begitu terasa.Sudah tidak terkira berapa kali beliau tersungkur.Tiba-tiba beliau terfikir sesuatu....

Musafir-"Ada lebih baik aku buangkan sahaja parang ini.Dalam keadaan begini ia amat membebankan aku.Walaupun beratnya tak seberapa namun aku tidak mampu membawanya lagi....."

     Lalu parang itu pun ditinggalkannya.Yang ada padanya hanyalah sekotak mancis pemberian orang tua dikampung dahulu.Hanya itu yang mampu dibawanya.Beliau berharap akan berjumpa dengan tempat yang akan menunjukkan kepadanya kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati secepat yang mungkin.

---------------------------------------------------------------------------------------------

     Keesokannya beliau sudah tidak mampu untuk berjalan lagi.Lalu beliau duduk ditepi sebuah busut dipadang pasir yang tandus itu.Beliau merasakan sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan keutara.Kini beliau hanya mampu berdoa kalau-kalau ada musafir yang akan lalu dihadapannya.Dapatlah beliau nanti meminta barang sedikit makanan.

     Selang beberapa minit melintaslah seekor kambing dihadapannya.Dengan sedikit tenaga yang tinggal,beliau cuba menangkap kambing itu untuk dijadikan makanan.Usahanya berjaya kerana kambing itu pun tidak bermaya kerana telah tersesat dipadang pasir beberapa hari.Hatinya gembira bukan kepalang...

     Namun seketika kemudian beliau terfikir...

Musafir-"Masakan aku dapat memakan kambing ini....nak disembelih,parang telah kubuang...Nak dipanggang,kayu telah aku tinggalkan....Nak ku makan kambing ini hidup-hidup...Aku tak termampu.....Kalau lah aku ada sedikit ketabahan untuk membawa seberkas kayu dan sebilah parang...Oh tuhan ku...Aku begitu menyesal....Namun dengan penyesalan ini aku telah menemui kesabaran dan ketabahan yang aku cari selama ini...Dan ia telah memberkas dihati aku ketika ini....Kalaulah aku bersabar dan tabah dalam beberapa hari yang lalu aku mungkin tidak dapat mencari kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati.....Kerana kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati itu hanya akan ditemui setelah timbul penyesalan....................Hayat ku mungkin akan tamat disini namun aku bersyukur kerana aku telah menemui  tempat dimana kesabaran dan ketabahan yang memberkas dihati.....................Yang akan kubawa pergi bersama ku..........