Sunday, May 6, 2012

KENAPA NYAMUK DAN CICAK,,

     Sungguh indah dunia ini.Ciptaannya begitu tersusun.Tiada satu buku pun yang dapat menggambarkan keterperinciannya.Malam bertukar siang.Pasang surutnya laut.Panas berganti hujan.Manusia berbagai bangsa dan warna kulit.Haiwan-haiwan melata didarat,terbang diangkasa dan berenang dilautan.Gurun berpasir dan hutan merimbun....Begitu banyak sekali jika ingin dirungkaikan satu persatu.Segalanya seolah-olah telah disusun dengan rapi.Satu yang pasti hanya tuhan yang lebih mengetahui.

     Luangkan masa kamu seminit dua.Renungkan perjalanan hidup kamu.Lihat disekeliling kamu.Ah,ada beberapa ekor nyamuk berlegar disekeliling kamu sedang cuba untuk menghisap darah kamu.Otak kamu lantas berfikir,mengapa harus nyamuk menghisap darah.Kan lebih mudah kalau menghisap madu dijambangan bunga.Kamu merasakan itu lebih elok.Kerana gigitannya bisa membuat kamu gatal-gatal.Namun kamu terlupa,semua itu satu kemestian.Dalam kajian sains,nyamuk betina terpaksa menghisap darah jika mahu meneruskan kelangsungan zuriatnya.Dan seharusnya kamu berterima kasih dan bersyukur kepada penciptanya,kerana nyamuk sikecil itu yang menghisap darah mu.Dan kamu terlupa apa terjadi andainya tiada keterperincian dalam penciptaan alam kehidupan ini...Contohnya nyamuk menghisap madu dan gajah menghisap darah..Aku kira kamu bukan lagi mendapat gatal-gatal,sebaliknya mati kekeringan kehilangan darah....Akhirnya demi kalangsungan hidup,salah satu darinya akan pupus.Kalau tak manusia,gajah yang pupus.Jadi jelas disini hukum alam itu telah disusun dengan sebaik-baiknya.

     Lihat lagi disekeliling kamu.Ah,ada beberapa ekor cicak disyiling rumah kamu.Kenapa harus cicak ini diciptakan merangkak kesana-kemari disyiling rumah kamu.Kan lebih elok jika cicak itu merayap sahaja didalam semak.Kamu terlupa lagi.Dikala malam ketika lampu terpasang,dan serangga-serangga gatal berterbangan,sicicaklah yang menangkapnya lalu dijadikan hidangan makan malam.Dan apabila najisnya berjatuhan kelantai,maka terpaksalah kamu membersihkannya.Setidak-tidaknya kamu peka kepada kebersihan rumah kamu.Rumah yang bertaburan dengan najis cicak jelas menunjukan bagaimana keperibadian tuan punya rumah.Dan kamu juga patut bersyukur kerana cicak yang merayap disyiling rumah kamu dan bukannya ular.Kalau ditakdirkan begitu rasanya kamu yang akan lari tinggal didalam belukar.

     Maafkan aku andainya kamu tidak mengerti apa yang aku maksudkan.Aku pun tidak berapa pasti kenapa cicak dan nyamuk yang aku jadikan bahan coretan aku kali ini.Cuma yang aku pasti sekarang ini aku hanya bertemankan nyamuk dan cicak ketika semua orang lain dirumah aku telah lena diulit mimpi.Jam pun telah menunjukan pukul 3.30 pagi.Ada lebih baik aku tamatkan coretan ini dan biarkan nyamuk dan cicak meneruskan kelangsungannya....