Sunday, September 9, 2012

PETUA MUDAH MENCEGAH SAKIT MATA


     Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Aku harap korang sehat hendaknya...Kalau tak sihat,cepat-cepat cari penawarnya....Sehari dua ni aku asyik cerita pasal penawar je...Harap korang tak kesah.Aku minta maaf la kalau blog aku ni tak macam blog orang lain.Maksud aku blog aku ni ditulis berdasarkan nukilan rasa dari hati aku,apa yang aku alami,apa yang aku ketahui dan apa yang aku tempuhi...Memang blog aku ni kurang mendapat sambutan ramai,sebab tak ada kisah artis sensasi disana-sini,tak ada kisah gosip-gosip panassss,tak ada kisah cintan-cintun meleleh-leleh,cuma apa yang aku cuba hidangkan,secebis nukilan rasa agar dapat dikongsi jika boleh membawa perubahan kepada kebaikan..Dan aku akan meminta korang menilai dan berfikir dengan otak yang waras...Kerana setiap apa yang aku tulis tersembunyi sesuatu yang bermanfaat kalau korang tahu penggunaannya dalam kehidupan seharian.....Maaf lah kalau aku melalut sikit...Dah tabiat aku macam tu,,hehe..

     Hari ni aku ada satu petua mudah(mudah kalau bendanya ada pada korang)untuk korang amalkan kalau berminat...Korang pernah tak rasa sakit atau pun pedih-pedih pada mata korang bila korang terlalu lama on  mengadap  komputer atau yang seangkatan dengannya.

     Baru-baru ni aku pun mengidap jugak...Bangun pagi terasa  mata pedih dan berair...Ada gak rasa gatal-gatal  dan sedikit lendir keputihan..Tapi tak le berkaler merah..Mula rasa gabra jugak,manalah tahu kena sakit mata la pulak...Bila aku fikir-fikir balik,baru ingat dah seminggu aku tidur pukul 3,4 pagi kerana asyik mengadap komputer.Dan tiba-tiba aku terimbas kembali semasa zaman kanak-kanak dahulu,semasa aku kerap mengadap tv sampai larut malam...Penyakit inilah yang aku sering alami...Bangun pagi nak pergi ke sekolah,mata susah nak buka,gatal dan berlendir....Dan seperti biasa mak aku akan mengawal keadaan dengan leteran-leteran berbisanya...Masa tu penghujung tahun 70an,mana nak cari ubat sakit mata beb..Daripada beli ubat sakit mata seperti yang ada sekarang,lebih baik beli beras.Kenyang satu keluarga.

     Seperti biasa mak aku akan bawa aku kebelakang rumah.Ditepi reban ayam ada serumpun pokok pisang nangka.Dan apa yang ada pada daun pisang tulah yang aku jadikan penawar  sakit mata yang sering aku alami. Apa yang ada pada daun pisang tu?Tak ada lah EyeMo kat daun pisang tu...Cuma yang ada hanyalah titisan embun yang memutih bak salji.Itulah jawapannya.Korang cuma perlu lekapkan muka korang pada daun pisang tu sambil mata dalam keadaan terbuka.Biarkan air embun tu masuk kemata korang.Lakukan secukup rasa...Sehingga korang terasa mata betul-betul segar...Lepas tu biarkan seketika sebelum korang bilas dengan air yang bersih.InsyaAllah,kalau korang yakin macam aku,sakit tu akan hilang menjelang tengah hari....Tapi ada syaratnya...Kalau malamnya nanti korang on balik sampai pukul 4 pagi,InsyaAllah,pagi esoknya korang akan mengidap semula penyakit tu..Haha..Jadi tak ada manfaat langsung untuk korang bangun pagi cari daun pisang berembun tapi mata masih sakit....

     Terpulang pada korang nak percaya ke tidak.Pada yang nak cuba,baguslah..Dan pada yang nak berfikir tu,cuba fikirkan sejenak,tak mustahil kandungan air embun tu sama dengan kandungan ubat mata yang dijual dipasaran.Berfikir diluar tempurung,jangan berfikir dari lubang tempurung...Bermulanya dunia ini,bermulalah penyakit...Namun penyembuhannya tak sama dahulu dan sekarang....Andai kata jika EyeMo itulah satu-satunya ubat yang boleh menyembuhkan penyakit mata,aku percaya,ramailah orang dulu-dulu yang mengidap sakit mata sampai ke mati...Kerana zaman dahulu tiada EyeMo.....Hahaha..Apa-apa pun,maaf dari aku sekali lagi andai ada silap dan terkasar bahasa,berfikirlah dengan jiwa yang tenang selagi hayat dikandung badan..Assalammualaikum-