Saturday, October 20, 2012

ANAK DIRANTAI PADA BANGUNAN KERANA KESEMPITAN HIDUP




Dua kanak-kanak muda dibiarkan dengan badan dirantai di tapak bangunan di Guangzhou di selatan China manakala ibu bapa mereka bekerja.

Budak kecil dan kakaknya, berusia tiga dan empat tahun, dihalang oleh rantaian berat supaya mereka tidak boleh lari atau akan diambil oleh orang asing.

Kanak-kanak itu sering dilihat menangis dengan kekecewaan kerana pergerakan mereka yang terhad.
Penduduk yang tinggal berdekatan berkata, ibu bapa kanak-kanak itu berasal dari Wilayah Hunan selatan China, dan melakukan kerja-kerja ditapak pembenaan setelah berhijrah kesini.

Menurut bapa kanak-kanak itu, terlalu berbahaya bagi mereka untuk membawa anak-anak mereka sekali ke dalam tapak pembinaan semasa mereka bekerja, jadi mereka terpaksa meninggalkan mereka dengan dirantai untuk memastikan mereka selamat.
Bapa kanak-kanak berkata beliau dan isterinya 'tahu ia tidak betul' untuk meninggalkan mereka dirantai sehingga menimbulkan rasa tidak senang pada penduduk setempat.

'Isteri saya sering menangis melihat keadaan anak kami,' katanya, 'Tetapi kami benar-benar tidak mempunyai pilihan. Ia begitu sukar bekerja di tapak pembenaan ini, dan satu-satunya pilihan kami adalah untuk meninggalkan mereka ditempat yang selamat. '

Senario menakutkan ini menunjukkan kemiskinan melampau yang dialami oleh kebanyakan keluarga di beberapa wilayah di China.

Sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan, atau ke rumah saudara-mara kerana mereka pun kurang upaya dan miskin. 
Pada bulan lepas akhbar mendedahkan nasib seorang gadis 13-tahun, Jiang Manqi, yang kerap dibiarkan terikat dengan motosikal di Fuzhou, di wilayah Fujian China oleh datuknya supaya dia boleh bekerja mengutip sampah kitar semula tanpa perlu risau akan keadaan cucunya yang mangidap penyakit sawan itu dari melarikan diri.

Keluarganya tidak mampu untuk mendapatkan bantuan perubatan untuk merawat sawan remaja itu, jadi dia telah terikat kepada motosikal supaya senang untuk mengawasi  beliau.

Sementara itu, di Nanjing, timur China, seorang wanita telah mengurung anaknya yang mengidap penyakit mental dengan tangannya dirantai di dalam bilik selama hampir 21 tahun.

Hong Chunlin, 37, menghabiskan kebanyakan masa beliau didalam bilik sempit dan kotor dengan pergelangan tangannya hampir melecet dan berkudis akibat rantai besi yang diikat pada tangannya.

Dia dijaga oleh ibu yang berusia 71 tahun, Chen Jiufang, yang terpaksa melakukan langkah drastik selepas dia menjadi ganas dan akibat kemiskinan.