Sunday, November 4, 2012

SYAITAN AKAN MELUMURKAN NAJIS PADA KEPALA YANG TIDAK DITUTUP



Assalammualaikum kepada sahabat2 seagama dan selamat sejahtera kepada yang bukan beragama islam.Aku harap korang sihat2 sahaja.Hari Raya Aidil Adha baru sahaja meninggalkan kita.Bersemangat sungguh rasanya menumbangkan haiwan korban.Masjid2 pun penuh semasa sholat sunat Aidil Adha.Berhimpit2 sampai kelaman masjid.Namun 3 jam selepas itu sholat Jumaat pula nampak tak berapa nak sesak..Mana hilangnya mereka2 yang menyesakkan masjid semasa sholat Aidil Adha tadi?Ermmm..Yang tua sibuk dengan lemang dan ketupat.Yang muda sibuk dengan temujanji sibuah hati.Yang kecil sibuk dengan rancangan tv..Yang aku pelik,,Time2  nilah baru sibuk nak makan lemang dan ketupat,masa nilah sibuk nak jumpa kekasih,masa nilah syarikat tv sibuk nak siarkan cerita best2...Sehingga tak sedar hari tu hari Jumaat..hari jumaat ada sholat Jumaat..

Cerita pasal Sholat ni,aku ada sesuatu nak kongsi dengan korang.Sama ada korang perasan atau tidak atau pun korang sama lakukannya.Korang perasan tak setiap kali kita ke masjid untuk sholat,kita yang lelaki akan memakai sesuatu dikepala seperti songkok,ketayap dan sebagainya.Bermacam-macam bentuk,warna dan hiasan pada songkok dan ketayap tu.Korang tahu tak apa fungsi sebenar songkok dan ketayap tu diatas kepala korang?Adakah atas tuntutan agam?Adakah atas dasar fesyen?Atau atas dasar ikut ikutan.Orang pakai,aku pun pakai?

Dalam Islam tiada saranan untuk memakai songkok dan ketayap semasa sholat.Yang ada dan disarankan oleh Islam hanyalah menutupi sebahagian kepala dan rambut khasnya rambut dibahagian hadapan agar tidak jatuh melepasi dahi semasa bersujud lantas menghalangi bahagian dahi menyentuh tempat sujud.Jadi tak salah kalau korang tak pakai songkok dan ketayap semasa sholat andai rambut anda cukup pendek dan kemas.Oleh sebab itu tak payah lah korang nak berbisik2 sesama sendiri bila nampak orang datang masjid dan sholat tak pakai songkok atau ketayap.Jangan nilai pada penampilan gayanya,nilai lah pada perbuatannya.Takut nanti korang tersalah tafsir dan mengatakan memakai songkok dan ketayap itu wajib.

Namun dah tabiat manusia yang serba kekurangan dan malas belajar,pemakaian songkok dan ketayap itu dikatakannya wajib.Kalau begitu orang rambut pendek atau botak yang sembahyang tak memakai songkok dan ketayap itu tak sah lah sholatnya..Mereka yang berfikiran begitu memang cetek ilmunya.Lebih tepat lagi bodoh.Maaf kalau terasa.Penulisan aku memang begini.Pada yang selalu mengikuti tulisan aku akan faham cara aku.Aku pernah juga sholat dimasjid tanpa songkok dan adalah sorang dua yang pandang aku macam nak telan kepala aku...Lantak korang lah...

Bagi aku pemakaian songkok tu lebih kepada adat.Adat orang melayu.Sebab aku tak tengok lagi pak arab dekat arab sanun ramai2 pakai songkok.Yang seangkatan dengannya adalah..Sebab adat mereka pula macam tu..

Namun ada satu perkara yang korang terlupa bila sebut bab menutup kapala ini.Apa dia?Korang tahu..?Kalau tak tahu,aku akan terangkan..

Perasan atau tidak setiap kali lelaki bersongkok yang datang kemasjid bila hendak masuk kebilik air atau tandas pasti akan menanggalkan songkoknya.Apa tujuan sebenarnya mereka menanggalkan songkok.Adakah mereka takut songkok mereka terkena kotaran sebab songkok mereka mahal harganya?Aku pun tak pasti.Sebab aku tak pernah tanya.Takut nanti ada pulak yang terasa.Biar lah mereka dengan alasan mereka.

Namun pada yang tak tahu dan ingin tahu baca hadis ini,

daripada Habib Bin Shalih Radhiallahu anhu,dia berkata;
maksudnya- " bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam jika masuk ketandas Baginda akan memakai alas kaki(selipar) dan menutupi kepala Baginda.." hadis riwayat Al-Baihaqi

Ingin aku jelaskan disini,dari apa yang aku belajar,setiap kepala yang tidak ditutupi ketika masuk ketandas akan dilumurkan kepala itu dengan najis dan air kencing oleh syaitan durjana.Sebab itu banyak kita tengok,ramai orang yang sholat tapi muka tak berseri.(Hanya Allah Yg mengetahui)

Jadi pada korang yang takut songkok mahal terjatuh dalam tandas tu,ambillah tuala atau kain kecil untuk menutup kepala ketika masuk ketandas.Tak rugi apa pun.Dan kalau dirumah sediakan topi atau pun kain dan sangkutkan pada bahagian luar pintu tandas.Nak masuk tandas je,automatik terpandang topi dan pakai...InsyaAllah korang boleh lakukan...

Satu pesan aku,nanti bila muka dah berseri2 jangan lah pulak korang pasang niat nak tambah lagi satu...dan kalau setakat masuk tandas je tutup kepala tapi tak sholat...tak berserinya jugak muka korang...ha ha ha..