Thursday, August 29, 2013

MERDEKA DAN UBI KAYU




Letih betul mata melihat pembaziran makanan disana sini.Aku tahu korang semua dah mampu dan banyak duit.Tapi agak2 lah kalau nak berbelanja membeli makanan.Jangan lah membeli mengikut hawa nafsu.Ingatkan bila bulan puasa bertambah insaf,rupa2nya bertambah parah.Lepas bulan puasa lagi teruk.Masing2 balas dendam untuk mengisi tempolok..Tahu muatan perut tak seberapa,beli lah ala kadar saja,ni tak memborong macam nak buat kenduri.Sedih gak aku kat korang,sedih pasal duit yang korang susah payah cari dan kumpulkan terbang melayang kedalam longkang dan tong sampah.Nak buat cam mana, ya tak.Dah duit korang,korang punya pasal lah.Aku hanya memberi pandangan sahaja.Terpulang lah korang nak berbelanja sebanyak mana untuk membeli makanan,sebab bukan duit aku yang melayang.

Teringat aku pada cerita arwah abah satu masa dahulu.Kata arwah,semasa zaman kanak2nya makanan amat sukar untuk dibeli.Makanan ada dijual tetapi duitnya yang tak ada.Bela ayam tetapi tak dapat makan daging ayam.Tangkap ayam tu,jual kat pekan,dapat duit beli beras dan kicap.Ayam pun tak sebanyak mana.Hari demi hari,sereban ayam pun habis dijual.Yang tinggal cuma anak ayam je.Nak dijual tak laku,maka tak dapatlah nak beli beras.Nak tak nak pergi lah kekebun dibelakang rumah.Gali ubi kayu serumpun.Bawa balik,rebus,makan ramai2.Tetapi walaupun makan ubi kayu hari2,lauknya boleh tahan juga.Waktu itu menurut abah ikan sungai banyak.Tak payah nak beli kat pasar.Pasang lukah kat sungai atau parit,2,3 kilo ikan yang masuk.Tetapi hari2 makan lauk ikan sungai jemu juga.Dah tu nak buat cam mana,itu saja yang ada.

Cerita arwah abah lagi,semasa beliau bersekolah rendah sekitar tahun 30 an,pernah sekali diadakan pertandingan sukan  di sekolah.Acaranya hanya lumba lari.Dan hadiahnya adalah ubi kayu....Hadoy..tak dapat aku bayangkan kalau hari ini ubi kayu dijadikan sebagai hadiah untuk acara sukan disekolah.Aku rasa ada ubi kayu tu yang melayang balik ke kepala cikgu.Namun kata arwah abah,mana2 murid yang mendapat hadiah pada hari sukan tersebut begitu gembira pulang kerumah membawa hadiah ubi kayu.Mak bapak yang menanti dirumah pun senyum lebar.Kalau zaman sekarang ibarat anak kita balik dari sekolah bawa KFC satu kotak...Ha ha ha...

Cerita arwah abah lagi,kalau nak merasa makan daging,tunggu lah pada hujung tahun bila ada jiran2 sekampung yang membuat kenduri kahwin.Itu pun tak sebanyak macam sekarang.Dalam setahun adalah 2,3 kali kenduri kahwin.Kalau kena keluarga yang tak mampu,makan pulut dengan ikan sepat ajalah jawabnya.Berbanding dengan kita hari ini,,boleh dikatakan tiap2 bulan ada kenduri kahwin.Tu belum kira kenduri tahlil dan doa selamat....Mungkin itu sebab kita mudah jemu dengan makanan,sebab kita dah terbiasa sangat..Tak macam orang zaman dulu yang ghairah bila dengar ada majlis kenduri kahwin.Masa itulah mereka berpeluang makan makanan yang sedap2...

Selepas kemerdekan,suasana berubah,negara pun berubah dan perangai kita pun berubah sikit demi sedikit.Pada pendapat aku tiada maknanya kita merdeka tetapi perangai kita macam penjajah.Apa2 pun pesan aku pada korang,jangan lupa pasang dan kibarkan bendera di rumah.Kecil pun tak apa yang penting tunjukkan bahawa kita ada negara.Nagara yang aman makmor.Negara yang merdeka.Negara yang melimpah ruah dengan hasil dan rezeki.Dan bukan lagi negara yang makanan hariannya ubi kayu...