Friday, August 30, 2013

PETUA MUDAH MENGHILANGKAN SAKIT GIGI DAN GUSI.Kalau korang takut nak berjumpa doktor gigi.



Minyak kelapa memang banyak khasiatnya.Ia telah menjadi asas dalam pembuatan minyak untuk tujuan pengubatan dikalangan orang melayu.Namun kebanyakan minyak kelapa yang dijual dikedai telah diproses dan dicampur dengan bahan yang lain.Untuk mendapatkan minyak kelapa yang asli,korang kenalah memasak sendiri santan kelapa yang telah diperah.Masukan kedalam kuali,gunakan api yang sederhana dan perlu sentiasa dikacau agar tidak hangus.Masak sehingga santan itu bertukar menjadi pekat bewarna coklat dan minyaknya akan keluar sedikit demi sedikit.Minyak yang terhasil bolehlah diambil dan disimpan dalam botol.Sementara santan yang berbaki dan telah bertukar menjadi warna coklat itu dinamakan tahi minyak.Boleh simpan.Makan dengan nasi pun sedap.Kalau tak percaya korang boleh cuba.Gunakan 2,3 biji kelapa dahulu.jangan buat terlalu banyak.Antara khasiat minyak kelapa asli adalah untuk menghilangkan kesakitan gigi.

Korang pernah sakit gigi.Ataupun sakit pada bahagian gusi?Apa yang korang lakukan untuk mengurangkan kesakitan?Kalau gigi yang sakit tu berlubang,lagi lah sakit dibuatnya sampai ke kepala.Bagi yang malas atau pun takut nak berjumpa doktor gigi,ni ada petua mudah untuk korang yang sakit gigi.Ambil kapas mengorek telinga.Tanggalkan kapasnya.Celupkan dengan minyak kelapa.Kemudian dibakar.Jangan sampai hangus jadi arang pulak.Agak2 lebih kurang,padamkan apinya.Ambil kapas yang telah dibakar bersama minyak kelapa tadi,lalu dimasukkan kedalam gigi yang berlubang dan sakit tu.Pastikan kapas itu tidak terkena kegusi korang.Kang lain pulak jadinya.InsyaAllah kesakitan gigi korang akan berkurangan.

Dan kepada yang selalu mengalami sakit pada bahagian gusi,korang boleh cuba petua ini.Ambil sedikit air suam.Campurkan sedikit cuka makan.kemudian berkumur dengan air tersebut.Biarkan seketika didalam mulut.Lakukan 2,3 kali.InsyaAllah kesakitan gusi korang akan berkurangan.

Apa yang penting dalam mengamalkan apa sahaja petua,kita mesti yakin.sekian,selamat mencuba.