Tuesday, October 1, 2013

HARGA ROKOK NAIK LAGI!ITU TAK APA,TAPI YANG LAIN2 APA CERITA?

Harga rokok naik lagi.Kenaikan tertinggi setakat ini.Naik RM1.50 sekotak.Kepada perokok2 tegar,ini satu tamparan hebat.Dan kepada yang baru nak berjinak2 dengan rokok,ada baik dihentikan sahaja sebelum terlambat.Bila aku renung2 kan balik,ada gak baiknya harga rokok ni dinaikan.Sekurang2nya dapat jugak mengurangkan kadar perokok di Malaysia neh.Maklumlah harga dah mahal,gaji pulak ciput,dari beli rokok baik beli beras,berasap gak dapur.

Dari sumber yang dipercayai,kenaikan harga rokok ini disebabkan kerana duti cukai importnya telah dinaikan.Jadi pengilang terpaksa menaikkan harga rokok untuk mengelakkan kerugian.Menurut pihak kastam pula,kenaikan cukai ini bertujuan untuk mengurangkan kemasukan rokok seludup dari negara jiran yang dijual lebih murah dari rokok biasa.Aku tak paham langsung apa kaitannya kenaikan harga rokok dapat membendung kemasukan rokok seludup.Dan kalau nak dikira dengan akal yang waras,kenaikan harga rokok ini akan menambahkan lagi populariti rokok seludup.Maklumlah harganya murah dan boleh didapati dengan mudah.Pusing kiri pusing kanan,walau apa pun yang dibuat,akibatnya tetap kepada rakyat.Apa yang nak aku coretkan disini bukanlah pasal rokok semata2..Rokok hanyalah salah satu dari contohnya sahaja.Banyak lagi barang keperluan lain yang menerima nasib yang sama.Iaitu kenaikan harga yang tak dapat dielakkan.Tetap rakyat yang menanggung bebannya walaupun ada sesetengah barang diberikan subsidi oleh kerajaan.

Dengan kadar purata gaji penduduk di Malaysia yang berpendapatan bersih sebanyak RM1500 sebulan,kenaikan harga barang keperluan bukanlah sesuatu yang membanggakan.Dalam menuju negara maju yang berpendapatan tinggi seperti yang diuwar2kan kerajaan,dilihat seperti ada jurang atau pun tidak keseiringan antara kenaikan harga barang dan kenaikan gaji penduduk di Malaysia.Semua ini terpaksa kita terima walaupun dalam hati ada terlintas,apa pun yang berlaku tetap menguntungkan bangsa lain.Fikir sendiri daaaa....

Itu belum ditambah dengan kenaikan insuran cukai jalan...Kenderaan makin buruk.tiap2 bulan meragam.Semua nak pakai duit.Nak beli yang baru tak mampu.Bila tiba time nak buat cukai jalan baru,tengok2 harga insuran pulak dah makin bertambah.Kalau tahun lepas RM200,tahun ni dah RM250.Tanya kat kerani kaunter,kenapa harga insuran makin naik? Macam ni.Jawabnya mudah...Kereta encik makin lama dan makin berisiko untuk kemalangan.Tu sebab harga insuran makin naik.Aku tanya lagi,kereta baru tak da resiko kemalangan ke cik..?Kerani tu hanya tersengeh....Hadoy...Macam tu pulak kira2nya syarikat insuran neh..Setahu aku yang tamat darjah 6 ni,,Kalau dah bawak kenderaan macam pelesit dan langgar peraturan,tak kira baru ke lama,tetap berisiko untuk kemalangan.Jadi janganlah aniaya kami yang berpendapatan kecil ini.Kasihan lah sikit dengan kami.Kami tahu keuntungan syarikat insuran korang dari kereta2 buruk kami yang tak pernah kemalangan neh...

Malas aku nak cerita kenaikan yang lain2 lagi...3 hari pun tak habis kalau nak ditulis,jadi kesimpulannya disini bukan kenaikan harga rokok yang menjadi persoalannya.Itu tak menjadi kudis.Kalau nak jimat berhenti merokok.Senang sahaja kan.Yang menjadi masalahnya kenaikan barang2 keperluan yang lain.Harga minyak naik,tak kan nak berhenti gunakan minyak..?Kalau korang ada kereta lembu bolehlah..Harga beras naik,tak kan nak berhenti makan nasi..Nak makan ubi kayu..?Pun mahal beb.Tak caya gi tanya kat pasar berapa sekilo ubi kayu.Ini bukan zaman jepun.

Jadi kepada pihak yang berwajib,jenguk2lah keadaan kami dibawah ini.Kalau kami mampu,petrol naik RM10 seliter pun kami tak kisah.Bunyi kecik jew,naik 20sen,tapi kesan sampingannya kepada aktiviti yang lain,itu yang dimaksudkan.Faham maksud aku..?Kalau korang seorang peniaga,korang akan cepat faham...