Tuesday, August 27, 2013

NOSTALGIA MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG

Setiap kali bila hampir kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap tahun kenangan ini akan timbul kembali dalam minda aku.
Masih aku ingat kira-kira 5 tahun yang lalu aku ada menemani seorang penulis buku novel sejarah tanahair ke Negeri Pahang untuk menjejaki salah seorang pejuang terkenal tanahair kita suatu masa dahulu.Semangat aku begitu berkobar2,apatah lagi ia akan dibukukan dalam bentuk novel dan aku diberi peluang untuk melukis gambar2 didalam novel tersebut.Kami menjejaki kesemua tempat yang ada kaitan dengan tokoh terkemuka ini.Dari kampung kelahiran hingga ke kawasan gua batu,menziarah kawasan perkuburan dan melawat masjid lama serta berjumpa dengan pewaris tokoh tersebut.

Setelah semua maklumat diperolehi dan kebenaran untuk menulis kisah perjuangan tokoh ini diminta dari pewarisnya,kami pun pulang semula dengan semangat berkobar2 untuk menyiapkan tugasan yang bakal dibuat.Aku tak sabar2 untuk melukis potret tokoh tersebut.Bagi aku ini satu penghargaan buat aku yang baru berjinak2 dalam bidang penghasilan gambar untuk novel.Lebih2 lagi syarikat penerbitan novel itu adalah salah satu syarikat yang begitu popular dewasa ini.Persetujuan telah diperolehi dan aku diminta untuk melukis kira2 6 keping gambar untuk novel tersebut.Dalam hati aku bukan bayaran yang aku idam2kan tetapi keseronokan meneroka bidang baru yang tak pernah aku mimpikan.

Seperti biasa aku akan melakar berdasarkan potret2 asal atau pun dari gambar yang aku ambil.Namun dalam kesibukan aku melakar wajah tokoh tersebut,terlintas dihati aku untuk memperincikan sedikit potret tokoh tersebut tanpa menjejaskan wajah asalnya.Maksud aku,aku akan tambahkan pakaian pada tokoh tersebut memandangkan pada potret asal tokoh tersebut tidak memakai baju hanya berkain pelikat lusuh.Idea ini terlintas apabila aku merujuk pada tokoh2 negara asing yang dilukis dengan terperinci beserta pakaian laksana seorang pahlawan yang digeruni.Ia akan memperlihatkan semangat keperjuangan tokoh tersebut disamping keterujaan bagi yang melihat potret tersebut.Aku melihat semua tokoh2 asing yang terdapat didalam buku rujukan aku,tidak ada satu pun potret tokoh2 tersebut yang tidak berpakaian malahan memakai pakaian yang cantik2 walaupun pada firasat aku tokoh tersebut tidak menggunakan baju itu dan mungkin tidak pernah melihatnya.Seperti pelukis seperti aku,,mereka akan cuba untuk menaikan aura setiap lukisan yang dihasilkan tanpa menjejaskan wajah asal potret tersebut.


Setelah berpuas hati dengan lakaran yang aku hasilkan,aku pun mula melukis menggunakan warna air.Setelah siap aku amat berpuas hati dengan hasilnya,juga bagi penulis novel tersebut,beliau juga teruja dan amat berpuas hati.Kami tak sabar menantikan novel ini akan dikeluarkan.

Akhirnya novel yang ditunggu2 pun diterbitkan.Aku bertambah teruja,namun keterujaan aku terus hilang.Habis semua mukasurat novel tersebut aku selak satu persatu,namun tiada satu pun lukisan yang aku hasilkan ada didalam novel tersebut.Aku kecewa.Begitu juga dengan penulis novel tersebut.Beliau sendiri tidak tahu kenapa harus terjadi begini setelah kami bertungkus lumus menyiapkannya mengikut jadual.

Berbagai persoalan timbul diminda aku.Adakah lukisan aku tidak mengikut syarat yang diminta.Atau adakah keterlanjuran aku mengubah potret asal tokoh tersebut menjadi puncanya.Aku pun tak tahu sampai sekarang.Namun aku pasrah,aku hanya seorang pelukis bebas yang tak punya apa2 kuasa untuk mempersoalkan gaya penerbitan novel tersebut.Mungkin mereka memutuskan untuk tidak meletakkan gambar dinovel tersebut untuk mengurangkan kos penerbitan....

Walau apa pun,aku berbangga dengan potret Mat Kilau yang aku hasilkan,bagi aku inilah wajah sebenar beliau disaat kegemilangannya suatu masa dahulu.Segak bergaya pahlawan terbilang memperjuangkan bangsa agama dan negara dari penjajah.Aku tak mahu tokoh tersohor ini diperlekeh2kan oleh orang asing apabila mereka melihat potretnya berkain pelikat lusuh tanpa baju.

#Penulis novel tersebut tinggal sekampung dengan aku.Beliau adalah En Abdul Latip Talib.Salah seorang penulis novel sejarah islam terkenal dewasa ini.Terima kasih Pak Latip kerana mengizinkan saya melukis dalam novel2 tulisan Pak latip yang terdahulu.Terima kasih juga kerana turut sama membawa saya menjejaki Pahlawan Mat Kilau ke Pahang.