Thursday, September 5, 2013

ANAK MELAYU KITA HEBAT BERBOGEL DISANA SINI

Try2 skodeng kat internet nak tengok kehebatan orang melayu.Mak datuk..!!Naik terperanjat aku bila apa yang aku lihat adalah diluar pemikiran aku.Aku fikirkan semua itu tak pernah terjadi,namun sebaliknya.Orang melayu dah makin berani,mereka berlumba2 menayang body dengan harga yang tak seberapa.Pelik juga maca mana web2 ini boleh terlepas dari pengetahuan kerajaan Malaysia.

Apa yang menariknya kebanyakan gambar2 bogel tersebut diambil dengan kerelaan hati mereka sendiri.Sukar nak dibayangkan seorang wanita beragama islam yang menjaga auratnya sanggup bergambar lucah.Sedih,dengan kain tudung yang masih lekat dikepala,mereka tanpa segan silu beraksi lucah.Dan bagaimana gambar2 ini boleh terlepas ke internet tidak dapat dipastikan.Kenapa ini harus terjadi.Jawapannya mudah sahaja,kurangnya pengetahuan dalam agama.Jika mereka mengetahui dan menjaga solat yang 5,nascaya mereka akan dilindungi juga.

Pernah aku bertanya kepada seorang kenalan,jawabnya ,adakalanya mereka melakukan kelucahan ini atas alasan suka2 dan mencari pengalaman baru,Semua berpunca bila mereka mula berjinak2 melawat ke laman web lucah luar negara yang wujud macam cendawan busut.

Seorang kawan  pula memberitahu bahawa ada juga kes2 yang disebabkan oleh masalah kewangan.Mereka sanggup bergambar bogel demi bayaran yang tak seberapa.Kebanyakannya berlaku kepada pelajar2 yang menuntut di pusat pengajian tinggi.

Tak kurang juga wanita2 tersebut ada yang diperdaya oleh teman lelaki sendiri.Akibat terlalu percaya dan cinta,sanggup membuat apa sahaja.Namun bila hubungan sudah renggang dan terputus ada gambar2 yang muat naik ke internet untuk tujuan menjatuhkan maruah seseorang.Mungkin kerana marah akibat memutuskan perhubungan dengannya.

Pun begitu,kesimpulan yang aku dapat,semua ini berpunca dari satu perkara pokok,iaitu iman yang lemah.Lemahnya iman mereka sehingga mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan anasir yang tak bermaruah ini.Pinta aku,jauhkanlah semua ini dari keluarga kita semua...


Saranan aku kepada Kerajaan Malaysia agar di wujudkan akta dibawah kanun kesiksaan untuk mendakwa mereka2 yang beraksi lucah dan bogel,Ia sebagai pengajaran berguna untuk semua.Kesalahan mereka ini sama beratnya dengan mengedar dadah,kerana ia boleh menhancurkan masa depan anak bangsa dan negara.

Sekarang aku baru tahu yang melayu memang hebat.Anak2 melayu hebat.Dan awek2 melayu bertudung pun hebat2 juga.Tepuk dada tanya selera,semakin kita menuju kenegara maju,semakin maju perangai anak2 melayu kita.Melayu sudah lupa dan melayu memang hebat.Hebat menghancurkan masa depannya sendiri.....Semoga catatan aku kali ini dapat membantu sedikit sebanyak agar berwaspada dengan tipu helah dunia masa kini.Peri bahasa kalau dulu berbunyi, kerana duit,tergadai body dan sekarang tak jauh bunyinya,kerana kekasih ku ikutkan hati.Maaf dari aku,catatan aku kali ini bukanlah untuk menyiarkan gambar2 lucah dan bogel,tetapi sebagai bukti apa yang aku catatkan adalah benar belaka.

moral/berkorbanlah demi maruah, bangsa dan agama,bukan demi kekasih,kewangan dan keseronokan.


10 PERKARA YANG KORANG TIDAK TAHU TENTANG ULTRAMAN

Korang pernah jadi kanak2.Korang pernah tengok tv masa kanak2.Dan korang tentu pernah tengok cerita Ultraman kat tv.Kalau tak tengok pun,tertengok..Tetapi  korang tahu tak....

1)Ultraman hanya muncul di Jepun.Ia tak akan muncul dinegara lain walaupun ada raksaksa muncul di China,Rusia,Bangladesh,Iran atau pun Malaysia.

2)Ultraman juga mempunya emak,ayah,abang,adik,kakak,atuk,nenek dan juga moyang.

3)Tidak seorang pun yang tahu bagaimana Ultraman makan dan minum sebab mulutnya tidak boleh dibuka senjak dilahirkan.

4)Jepun adalah satu2nya negara dimana rakyatnya boleh melihat raksaksa.Kalau nak tengok raksaksa,korang kena pergi sana la...

5)Ultraman sebenarnya tidaklah sekuat mana,ia sering kali cedera parah setiap kali melawan raksaksa.Namun ia tidak pernah dimasukan ke wad kecemasan.

6)Ultraman tidak pernah menukar baju dan seluarnya semenjak dilahirkan.

7)Ultraman tidak boleh bercakap.Ia hanya boleh menuturkan 1 perkataan sahaja iaitu,"hiyahhhhh".Jadi jangan kata Ultraman tu sombong kalau terserempak dengannya.

8)Ultraman tidak tahu menggunakan internet.Apa tah lagi untuk berfacebook.

9)Ultraman tidak menggunakan minyak sebagai bahan api untuk terbang sebagaimana kapal terbang atau pun jet pejuang.

10)Dan yang paling pasti dan yang korang tak pernah terfikir adalah,Ultraman tidak pernah mandi..!!Sebab itu ia seringkali cepat2 meninggalkan bumi  jepun sebaik sahaja berjaya membunoh raksaksa sebab takut bau badannya yang haprak diketawakan orang ramai.

Jadi kalau korang tertengok cerita Ultraman nanti,korang fikirkan balik apa yang aku terangkan diatas.Dan korang akan melihat kebenarannya,,keh keh keh......

SELAMAT JALAN ROMEO-MIRA KU SAYANG MIRA KU MALANG



Talifon berdering,sayup2 kedengaran...Aku tak mampu untuk membuka mata,apatah lagi untuk mengangkat talifon...Lantak engkau lah...Senyap...Berhenti pun engkau.Dalam hati kecil aku,kalau ada sesuatu yang penting,pasti talifon itu berdering lagi...Tiada..Aku anggap itu hanya panggilan yang hanya mengganggu waktu tidur aku.Baik aku sambung tidur.

Pusing kiri,pusing kanan,namun mata aku masih terkebil2...Adoy...Kenapa pulak ni..Mata punyalah mengantuk..Kenapa susah sangat nak terlelap...Badan pulak terasa lemah longlai,macam seharian bekerja di bendang...

Aku mula melayan perasaan.Perlahan2 ingatan aku mengimbas kembali satu persatu kisah malam tadi.Kisah yang membuatkan aku terlewat tidur untuk yang entah keberapa kalinya.Rasa aku tiap2 malam aku lewat tidur...heh heh..

"Rom,I bukan sengaja nak minta duit U..Tapi I terpaksa ni...Mak I sakit kat kampung..I belum gaji lagi...Tolong lah Rom,kali ni aje...Bukan banyak pun,3 ratus je..Tu pun nak buat beli ubat untuk emak I.Nanti I ganti balik..."Sayup2 suara Mira ditelinga aku...

Ini le kehidupan di kota..Bila susah baru nak cari aku.Bila susah baru nampak aku.Kalau tak,aku talifon pun engkau tak jawab.Apa,engkau ingat aku ni bank,tabung duit engkau...

"Aku boleh beri,tapi tak lah sampai 3 ratus,,,Aku ada 2 ratus je sekarang.Kalau engkau setuju,engkau ambil lah.."Jawab aku pendek,malas nak berdalih panjang2...

Dalam kotak fikiran aku,aku dapat bayangkan kemana duit 2 ratus aku tu akan pergi...Pasti tak akan sampai ke kampung.Pasti tak akan digunakan untuk membeli ubat.Dan yang pastinya duit aku tu akan bersepai dipasar raya...Aku faham sangat perangai Mira..Bukan sekali dua dia meminjam duit dari aku,dah tak terkira banyak kalinya....Tapi satu yang buat aku tak serik2 memberi pinjaman kepada Mira,sebab Mira tak pernah lupa untuk membayar balik duit aku walaupun aku tak pernah minta.

"Kringggggggg...!!!!"Hadoy,,, talifon ni berbunyi balik...Penting agaknya....Aku dayakan jugak untuk menjawabnya.Macam tak ada waktu lain nak talifon...Cuba lah time rehat ke...

Aku lihat skrin talifon,tertera nama Mira....Budak ni lagi...Baru engkau hilang dari ingatan aku,kini kau muncul kat talifon aku pulak...Apa lagi dia nak pagi2 buta ni....mengganggu betul...

"Ya,,,,Mira.Ada apa hal.."

"Rom,maaf mengganggu masa U..Rom,U mesti tolong I kali ni...Sekali je lagi...I betul dalam kesusahan ni Rom....Kalau U tak bantu I sekarang,mati I Rom....Rom..?U dengar tak...."

"Aku dengar lah ni...Tolong amendanya lagi...kan malam tadi aku dah tolong 2 ratus..."

"Rom,U dengar baik2..I sekarang kat pasar raya q,,Masalahnya...Ermmmm..Ermm...Rom,U datang sini lah...Panjang kalau I nak cerita kat talifon ni....Rom,,,Boleh ya Rom...I tunggu ya..."

Hampeh betul lah budak sorang ni.Kejap nak cerita,kejap tidak...Entah apa lah lagi yang dia nak..

"Mira,,,malas la aku nak pergi sana...Aku tengah kerja ni...Tak dapat nak keluar.."Kelentong aku pada Mira....

"Rom...Tolong Rom...Kali ni aje..."

"Tak boleh,,bos aku ada depan aku sekarang ni.Kejap lagi nak mesyuarat..Aku tak dapat nak cilok keluar...Engkau minta tolong lah kat orang lain...."Sambung aku lagi dengan nada ketat seorang pembohong...keh keh

"Rom,,U memang....sampai hati U Rom,buat I macam ni......U tak kasihan kat I ke...I betul2 perlukan bantuan...(TOTTTT....)"talian terputus...Aku rasa kredit Mira dah habis...Fuh...Selamat aku...Dapat aku sambung buat taik mata...Talifon terus aku matikan.Ok,sekarang sesiapa pun tak boleh ganggu aku...Aku nak berihat serihat2nya....Tidur aku tak cukup malam tadi...Aku sampai rumah dah pukul 4 setengah pagi...Pukul 6 pagi bangun solat subuh...tidur balik.....ni aku terjaga gara2 si Mira...Aku tengok jam di meja...Pukul 11 pagi...patut lah Mira dah kesana sini...He he...Aku je yang masih terperap dalam bilik gelap ni...Rasa2 macam baru pukul 6 pagi...Nasib baik hari ni aku cuti.....Kalau tak mahu aku terlelap bawah meja kat opis..

Tahu2 je,aku terjaga dari tidur dah pukul 1 tengahari...Biasa le,,,perut dah berbunyi,,,ngantuk macam mana pun,mesti terjaga punya....

Rutin macam biasa,mandi,kemas bilik,buat sarapan ala kadar...Erkkkk...Sarapan penamanya...Dah tengahari ni..Kena keluar beli lauk...Capai kunci kereta,capai talifon,capai beg duit...Aku keluar dari rumah.Masa nak kunci pintu terlintas dihati aku nak on kan talifon.

Ada 3 msg masuk...Semuanya dari Mira...Aku buka yang ke3..


"Rom,,sebenarnya I tak cukup duit nak bayar beg tangan baru ni...Kurang 199 ringgit je lagi..U datang ya Rom..I tunggu U kat kaunter ni...."

Aku dah agak dah....Aku tersenyum sumbing....Padan muka engkau Mira...Engkau tipu aku lagi...kan dah kantoi...

Kereta aku pandu perlahan.Dalam fikiran aku asyik terbayang muka Mira yang kemerah2an menanggung malu kat kaunter pasar raya..Harap2 jadi pengajaran kepada Mira...dan aku tak tahu siapa yang tolong bayarkan...Mungkin kawannya yang lain,atau pun mungkin pak jaga yang terkena...Kerana aku tahu,Mira sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan dirinya...kompom pak jaga tu kena ngorat cukup2 kat Mira,dengan 1001 janji manis..ha ha ha...