Friday, September 13, 2013

DARI SEORANG USTAZAH-BERCINTA SEBELUM BERNIKAH

Kisah ini disampaikan oleh seorang ustazah.Kebenarannya tak dapat disangkal.Penilaian dengan otak yang terbuka dialu2kan.

Islam mengesyorkan bercinta selepas nikah.Kenapa bercinta selepas bernikah?Kenapa tak bercinta dahulu sebelum bernikah.Kan lebih seronok kalau bercinta sebelum bernikah.Dapat juga mengenal hati budi pasangan.Lagi pun kita boleh bercinta mengikut lunas2 islam.Tak pegang2 tangan,tak berdua2an,tidak mengikut nafsu,dan sebagainya....Namun ,lumrah kita yang ditakdirkan menjadi seorang manusia yang lemah,Sebaik2 manapun kita,maka seberat2 itulah juga dugaannya,,.Ok,ikuti bicara dibawah ini antara sepasang kekasih yang sedang bercinta sebelum bernikah.Mereka ada pelajar jurusan agama di salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta di negara kita,,,,

Lokasi-Di kantin.2 pelajar,bukan nama sebenar yang telah hampir 4 bulan belajar ditempat dan jurusan yang sama terserempak di kantin.Azam,yang telah terpikat dengan keperibadian Azi yang sentiasa tersenyum dan pandai mengaji Al Quran,telah menegur Azi yang kebetulan sedang beratur untuk sama2 membeli makanan di kantin.

Kata hati Azam-Inilah masa yang engkau tunggu selama ini..Cepat,ini peluang engkau untuk berkenalan dengannya.

Azam-"Assalammualaikum saudari.."

Azi-"Waalaikumsalam,"

Azam-"Saudari nak beli makanan ke..?Saya pun sama.."

Azi-"Ya,,Saya kalau tak makan,nanti perut saya sakit,saya ada gastrik..."

Bisikan ditelinga Azam-Bagus,,Dia telah membuka ruang buat engkau untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi...Teruskan,cuba ajaknya makan bersama dengan engkau.

Azam-"Oh,,Saudari ada gastrik..Bahaya tu kalau tak makan..Perut tak boleh kosong.Tak cuba berubat ke saudari..?"

Azi-"Tahu,,memang bahaya..Dah macam2 cara saya berubat tak baik2 jugak...Pantang saya terlewat makan,pasti gastrik akan datang..."

Bisikan ditelinga Azam-Bagus,inilah masanya..

Azam-"Saya ada satu petua untuk menghilangkan gastrik.Nenek saya yang ajar..Kalau saudari nak,saya boleh ajarkan...Mudah sahaja..."

Bisikan ditelinga Azi-Ini peluang baik,dah lama engkau menderita sakit gastrik,kenapa tak cuba bertanya apa petua tersebut.tentu engkau ingin baik kan...

Azi-"Boleh juga....bagaimana caranya..Boleh ajar saya tak..?"

Bisikan ditelinga Azam-Nampaknya dia dah mula menyukai engkau.Bukankah engkau sudah lama ingin berkenalan dengannya?Jangan bazirkan masa bersembang disini.Kenapa tak ajak dia makan bersama sambil bersembang.Bukan salah pun.Dikhlayak ramai..

Azam-"Apa kata kita berbual masa makan nanti,kat sini tak selesa nak berbual,lagi pun bising sangat.Jom kita beli makanan dahulu,nanti saya ceritakan kat meja makan..."

Azi-"Ok,boleh jugak tu..Jom.."

Itu hanyalah pertemuan biasa yang dirasakan tiada apa2 makna,namun dalam sedar dan tidak,kita seperti telah mendapat satu dorongan untuk mendapatkan sesuatu-Hanya Allah Yang maha Mengetahui.

Masa berlalu ,dari bersabat menjadi kekasih.Datang sayang timbul rindu.Namun percintaan itu dibatasi dan berlandaskan ajaran islam.Maklumlah masing2 belajar dalam jurusan agama.Masing2 tau batas pergaulan.Dalam tempoh perkenalan itu mereka hanya berhubung melalui sms sahaja.maklumlah kesibukan belajar membataskan perhubungan mereka.

Namun tanpa disedari dalam setiap sms yang dikirim terselit rahsia disebalik kata2.Adat remaja bercinta.Tak dapat lari dari godaan nafsu,walaupun masih mampu membendungya dari ketara.

Sms pertama-

-"salam,awak..Awak apa khabar?"

-"Salam juga,saya baik.."

-"Awak dah makan..?"Dalam hati,alangkah baiknya kalau dia ajak aku keluar makan bersama.

-"Belum awak,lewat sikit kot.."

Bisikan ditelinga Azi-Dia tunggu engkau pelawa makan tu.Tu sebab dia tanya engkau dah makan ke belum.

-"Jangan lewat tau,nanti kena gastrik balik.."

-"Ok.thanks awak,nanti saya makan awal sikit.."

-"Ok awak,"

Pagi ahad.Beberapa hari kemudian.

Sms kedua-

-"Salam awak,buat apa tu?"

-"Salam,baru lepas mandi.."

-"Saya mengganggu ke awak.."Dalam hati baju apalah dia pakai agaknya.Entah2 berkemban je..

-"Tak lah,saya free,,hari ni nak kemas bilik je"

-"Saya pun free gak,tak tau nak buat apa."Dalam hati,kalau ajak keluar best jugak ni...

-"Awak,jom saya belanja awak makan..."Dalam hati,boleh lah,boleh lah...

-"Erm,ok..pukul 12,saya tunggu awak kat plaza m."Dalam hati,ok gak sekali sekala keluar makan.kadang2 cemburu jugak tengok member berkepit..Bukan buat apa2 pun,makan je..

-"ok,saya datang nanti.."

Bisikan ditelinga Azam-Nah,apalagi...dia dah pun bersetuju untuk keluar bersama.Apa kata selepas makan engkau ajak dia berjalan2 sekitar kota atau pun taman....

Pertemuan pun berlangsung.mereka makan bersama di sebuah gerai makanan segera.Keadaan tempat duduk yang berasingan oleh sekatan2 tembok membuatkan keadaan mereka agak pribadi dan selesa berdua.Berbagai kisah diceritakan.berbagai berita didebatkan sehingga terlupa waktu zuhor dah berlalu.

Bisikan ditelinga Azam-Engkau bukan selalu dapat keluar bersama.Apa kata engkau habiskan sedikit masa bersama dia.lagi pun masa zuhor itu panjang.balik nanti engkau boleh sembahyang.

Dihati Azam-Betul jugak,bukan selalu,apa salahnya.lagi pun Azi buat tak kisah je.Mungkin dia pun sama macam aku.Ni lah masa untuk menghilangkan kerinduan.

Bila semakin mesra,sedikit demi sedikit sempadan dan batasan berkurangan.Tak perlu disangkal,itulah adat bercinta.Kemesraan yang terjalin membuatkan keduanya semakin terbuka.Semakin banyak bab2 peribadi diceritakan.hinggalah akhirnya menimbulkan bibit2 ghairah dihati keduanya.Bisikan2 yang datang ketelinga masing2 semuanya mendorong dengan sokongan yang bernas.Semua perkara yang dilakukan dibisikan dengan alasan2 yang kukuh.

Sehebat manapun agama seseorang yang bergelar remaja,kebanyakannya akan tewas di pertengahan jalan.Semuanya angkara bisikan2 ditelinga yang tak dapat disangkal oleh hati.Maka mereka akan hanyut dialam khayalan.Alam keindahan dalam percintaan sebelum bernikah.Tak kira lelaki atau perempuan,tak boleh lari dari nafsu.Walaupun tak terbuat oleh perbuatan,akan terbit juga niat dihati...Dan andainya tak terkawal lagi pasti akan tertewas juga,semuanya demi kekasih,sanggup berkorban apa sahaja..Inilah bahayanya berjanji sehidup semati sebelum bernikah.Kerana janji2 kita itu akan dibisikan dengan seribu keindahan dan kenikmatan.Namun selepas bernikah,semua itu hanyalah satu impian yang tak pasti..Bahtera yang dilayar tak sampai ke destinasi.Banyak yang karam di lautan gelora..Akhirnya berlaku penceraian.Percintaan yang bagai nak rak satu masa dahulu hanyalah sebagai satu pemuas nafsu.

Begitu juga Azam dan Azi,walaupun mereka dibekalkan dengan bekalan agama yang banyak,namun bisikan2 halus ditelinga tak dapat ditangkis.Walaupun mereka dapat menjaga adap pergaulan,namun mereka gagal mengawal tutur kata dan niat dihati masing2.Akhirnya sms yang dihantar kedua2nya semakin tak terkawal.walaupun ayatnya baik,namun niatnya tak seelok mana...

Sms ketiga-

-"Salam awak.Awak tak rindu saya ke.."

-"Salam,rindu awak gak..Dah mandi ke belom?"Dalam hati,kalau dapat tengok awak mandi kan seronok...

-"Dah awak,saya free,jom kita keluar.."Dalam hati,kalau hari2 dapat keluar berdua lagi baik.

-"Jom,saya tunggu kat plaza t.."Dalam hati makin berani,kalau dia nak datang rumah aku lagi baik...

Bisikan ditelinga Azam-tak apa,esok2 engkau ajaklah datang kerumah engkau.lagi pun jimat belanja.Boleh masak sendiri...Bukan buat benda tak elok pun....

-"Jom.."

Pembohong kalau kita tak ada berniat apa2 setiap kali kita berkata..Walaupun kita masih mampu mengawal perbuatan,namun keinginan hati untuk meneroka sesuatu yang baru adalah amat kuat.Dan berani aku katakan disini kita lebih sering berkhayal dan berangan dengan pasangan masing2 semasa dialam percintaan sebelum bernikah..

Dan sesuatu yang ingin aku peringatkan disini,ketahuilah wahai rakan2 yang sedang hangat bercinta,bahawasanya apabila engkau bercinta dengan pasangan masing2,maka akan ada wakil ketiga yang engkau tak sedari mengiringi percintaan engkau setiap hari.Dia tetap bersama engkau walaupun engkau berada dikhalayak ramai.dan dia akan mengikuti engkau dengan penuh kesabaran.Kesabaran yang tak terdapat pada kita.Kesabaran mereka akan berbaloi jikalau kita terbabas akhirnya.Dan mereka akan tersenyum sambil berkata,

"Aku tidak pernah tidur untuk menyesatkan kamu,sedangkan kamu asyik tidur(dengan khayalan kamu)sehingga tersesat.."

Kisah Azam dan Azi adalah secebis kisah yang terdapat didalam kehidupan kita dewasa ini.Kemesraan itu sedikit sebanyak akan melalaikan kita.Sehebat mana pun kita,kita tetap insan yang lemah.insan yang mudah digoda oleh hawa dan nafsu.

Ingin aku simpulkan disini,andai engkau bercinta selepas bernikah,sudah pasti segala janji2 yang dipatri akan dibawa selamanya dengan ikatan yang sah.namun sebaliknya janji2 yang dipatri sebelum bernikah tiada apa2 yang akan menyokongya.Dan berwaspadalah dengan godaan iblis dan syaitan.Mereka begitu bersabar dengan engkau hingga akhirnya engkau tertewas.Dan percintaan sebelum bernikah tak lebih dari cinta yang bernafsu dan menggoda....

Maaf dari aku,andai aku ada kesilapan..yang baik datangnya dari Allah,amin.