JUST ME AND ME AGAIN

Saturday, February 1, 2014

PETUA MUDAH MENGHILANGKAN KESAKITAN JIKA DISENGAT LEBAH ATAU PUN PENYENGAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera,,,Lama na rasa aku tak menulis dalam blog neh..Kesibukan harian menyebabkan mod dan idea aku ilang dan susah nak dicari...Betul ke ayat aku neh?He he...

Ok lah kali ni aku nak bagi korang satu petua mudah kalau terkena sengatan penyengat atau pun lebah.Sengatan tabuan,kala jengking,lipan dan ikan sembilang tidak sesuai menggunakan kaedah ini.Sebab bisa dia terlalu kuat.

Aku tahu dan sedia maklum yang masa kini banyak ubat sapu yang boleh menghilangkan kesakitan terkena sengatan,tetapi cuba korang bayangkan kalau korang terkena sengatan semasa diluar rumah dan pada masa tu tiada ubat untuk disapukan.Memanglah kesakitannya tak lama,namun kalau dibiarkan mahu benjol kawasan yang kene sengatan tu.Buatnya terkena pada bibir bahagian atas,,mau korang tak keluar rumah...Heh heh...

Caranya mudah sahaja.Sebaik sahaja terkena sengatan,baca Bismillah kemudian korang lekapkan bahagian bawah ibu jari tangan sebelah kanan kebahagian lelangit dalam mulut korang.Tahu tak lelangit tu apa?Bahagian sebelah atas didalam mulut korang tu.Lekapkan disitu terus kemudian baca selawat  keatas Junjungan Nabi Besar kita sebanyak 3 kali.Baca dalam hati.Lepas abis baca selawat 3 kali,sapukan bahagian bawah ibujari korang tadi kebahagian yang terkena sengatan.Pastikan air liur korang ada pada jari korang dulu sebelum disapu,kerana asas petua ini adalah air liur korang.Sapukan rata2,InsyaAllah rasa sakit akan berkurangan dan bengkak akan berhenti.

Yang pastinya korang jangan rasa jijik pulak,,tiada apa yang nak dijijikkan pasal air liur ni,benda tu pun berada dalam mulut korang.Lagi satu nasihat aku,kalau orang lain terkena sengatan pun kita boleh tolong buatkan.Tak perlulah korang nak ajar pulak masa mereka tengah menahan sakit.Tetapi kalau korang dah tolong buatkan,diorang pulak rasa jijik.korang tak payahlah sapukan,korang blah jew..hehheh...

Ok,ini sahaja buat kali ini,selamat mencuba.Segala perbuatan mestilah disertakan dengan niat dan diawalkan dengan Bismillah,InsyaAllah,Allah S.W.T tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia sia.....Ingat,korang mesti yakin...kalau was was,lupakan sajelah.....gi klinik je terus...