Tuesday, November 25, 2014

JAM TANGAN-SEJAUH MANA ANDA MENGETAHUI SEJARAH PENCIPTAANNYA

Semua kenal jam.Budak 3 tahun pun kenal jam dan dah pakai jam walau pun tak tahu jam dah pukul berapa.Korang tentulah tahu sebab korang dah tua..Hu hu hu..Tapi korang tahu tak sejarah tentang jam.Kalau tak tahu baca info kat bawah ni.Sekurang-kurangnya korang amik tahu perihal benda yang korang pakai kehulu-kehilir setiap hari dan lepas ni leh ar kelentong member sebakul dua...

Jarum minit

Pada 1577, Jost Burgi mencipta jarum minit. Ciptaan Burgi adalah sebahagian daripada komponen jam yang dibuat untuk Tycho Brahe, seorang ahli astronomi yang memerlukan satu jam tepat untuk ilmu bintang beliau. 

Jam pergelangan tangan 

Pada 1504, jam tangan mudah alih (tetapi tidak tepat sangat) yang pertama dicipta di Nuremberg, Jerman oleh Peter Henlein. Orang pertama dilaporkan benar-benar memakai jam tangan di pergelangan tangan adalah ahli matematik dan ahli falsafah Perancis, Blaise Pascal (1623-1662). Dengan seutas tali, dia menggunakan jam tangan poket,kemudian di ikat  pada pergelangan tangan beliau.

Quartz

Menurut Smithsonian "Pada tahun 1927, kelahiran Kanada Warren Marrison, seorang jurutera telekomunikasi, telah mencari standard frekuensi dipercayai di bangunan Bell Telephone Laboratories. Beliau membangunkan jam yang sangat besar, sangat tepat berdasarkan getaran biasa daripada kristal kuarza dalam litar elektrik "- Iaitu jam kuarza yang pertama.

Asal-usul perkataan Clock (Jam)

Perkataan "Clock" berasal dari perkataan Perancis "Cloche" bermaksud loceng. Dalam bahasa Latin perkataan untuk loceng adalah "glocio", Dalam bahasa Saxon jam dipanggil "clugga" dan dalam bahasa Jerman jam dipanggil "glocke".

Masa standard

Sir Sanford Fleming mencipta masa standard pada tahun 1878.

Jam penggera

Satu prototaip awal jam penggera telah dicipta oleh orang-orang Yunani sekitar 250 SM. Orang-orang Yunani membina sebuah jam air di mana air penjanaan bergerak masuk kedalam tempat menyimpan.Apabila air penuh dalam kedua-dua bekas takungan,ia akan mencecah bahagian burung makanikal yang akan mencetuskan wisel. Jam penggera mekanikal pertama telah dicipta oleh Levi Hutchins Concord, di New Hampshire, dalam tahun 1787. Walau bagaimanapun, penggera loceng berdering pada jam beliau boleh berdering hanya pada pukul 4 pagi. Pada 24 Oktober 1876 jam penggera mekanikal yang boleh menetapkan masa dengan tepat telah dipatenkan  oleh Seth E Thomas.

Jam tangan Swiss

Swiss John Harwood mencipta jam tangan sendiri pada tahun 1923.

Syarikat jam pertama

Pada tahun 1908, Syarikat Jam Westclox mengeluarkan paten untuk jam penggera Big Ben. Ciri-ciri yang luar biasa pada jam ini adalah loceng ulang balik.Loceng ulang balik menyediakan penggera yang kuat.
The Warren Clock, Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Henry Warren.Beliau juga menjadi presiden syarikat. Syarikat ini bermula dengan menghasilkan jam jenis baru yang dikuasakan oleh bateri.


DATO SERI NAJIB TUN RAZAK,SUBSIDI MINYAK PETROL DAN KAPCAI BURUK 65 CC

Subsidi minyak dihapuskan...Ok ke?Buat masa sekarang ok ar rasanya.Maklum lah harga minyak mentah setong pun murah.Maka harga minyak petrol kat petrol pum pun murah gak lah.Tiga empat bulan nanti tak tau lah cam mana lak harga setong kat pasaran global..Buatnya harga minyak mentah melambung naik,,,Haa,itu jam semua tau lah..Rasa-rasa ada yang korek tabung beli moto kap cai buruk tuk bawak gi keje.Namun mahal tetap mahal.Walau pun korang pakai kap cai lampu bulat 70cc,isi tangki penuh mau rm 15...Masa tu korang tau ar nangis ke tak nangis...

Perdana Menteri kita,Dato Najib boleh ar senyum simpul duk eksyen kat atas moto kapcai buruk 65cc..Sehari suntuk pun tak apa,pasal enjin tak hidup pun..Duk melanguk je kat situ..Hua hua hua..

Bak kata orang tua-tua,durian dan mentimun...Buat apa pun,tetap mentimun yang penyek...Jadi tak perlu ar pak Jib nak amik ati orang susah dengan melanguk atas moto kapcai buruk 65cc tu sesambil songeh-songeh...Kalau betul-betul nak rasa kesusahan orang susah pada zaman ini,ce try pakai moto tu bawak ulang alik gi melawat,gi seminar,gi dialog,gi pameran dan gi mana-mana lagi ar dalam masa sebulan...Dengan cuaca tak menentu,dengan kene himpit kat lori simen,dengan kene percikan air lori bawa getah sekerap..Masa tu pak Jib tau ar macam mana nasib orang susah kat Malaysia ni...Tu semua pasai nak jimat kos petrol,Pak Jib kempen suh orang tak mampu @ susah,pakai moto buruk...

So,agak-agak cam ne?Ok ke tak rancangan kerajaan nak hapuskan subsidi petrol ni?Kalau ikut aku..Sama ar cam cerita durian ngan mentimun tu...N lagi satu nasihat aku,andai satu hari nanti harga petrol kat Malaysia ni lebih mahal dari negara jiran,korang belajar-belajar ar seludup minyak petrol dari negara jiran lak.Bawak masuk ke Malaysia...Hua hua hua..

Malas aku nak membebel lebih-lebih..kang kene senarai hitam lak blog aku ni...Aku dah ar orang susah..Bertambah ar susah...