Saturday, February 28, 2015

MELAYU TAK KAN HILANG DIDUNIA SIBUK BERBOGEL DALAM TWITTER

Ini baru tahun 2015,jangan anda bayangkan 20,30 tahun dari sekarang....Melayu hanya tinggal pada nama.Sumpah Hang Tuah,melayu tak akan hilang di dunia.Memang benar kata Hang Tuah itu,namun Hang Tuah tahu tak melayu yang macam mana yang masih ada atau pun tinggal di dunia ini?Pada waktu itu mungkin Hang Tuah beranggapan,melayu yang tak hilang didunia itu sama sepertinya juga,masih berkeris,berjalan kaki kehulu kehilir,berumah atap rembia,menyembah raja,bergaduh setiap hari kerana perebutan kuasa dan sebagainya.

Dan andai kata Hang Tuah masih hidup pada saat ini,mungkin beliau menyesal melihat generasi melayu yang tak hilang di dunia ini.Rasanya kalau dia tahu begini jadinya,mahu rasa diamuknya semua melayu yang ada pada zamannya agar tiada lagi melayu yang merosakkan bangsa tinggal di dunia ini.Dan yang paling pasti,Hang Tuah akan bergabung dengan Hang Jebat membenteras semuanya.

Namun Hang tuah terlupa,Semua ini juga terjadi kerana kesilapannya juga.Melayu yang disumpahnya untuk tinggal di dunia ini,kebanyakannya berperangai sepertinya.Membuat sesuatu membabi buta.Tiada usul periksa.Menjatuh hukum tiada saksama.Sanggup mengorbankan kawan demi kepentingan seseorang.Tidak mahu mendengar nasihat orang lain.Menyembah raja secara membuta tuli.Dan banyak lagi..

Apa yang hang Tuah tak sedar ketika itu ialah,Ia sendiri sama seperti Hang Jebat.Ia itu menderhaka kepada sultan.Engkar perintah sultan.Beliau hanya nampak kesilapan hang Jebat kerana menderhaka kepada sultan.Namun hakikat sebenar beliau sendiri menderhaka kepada sultan.Anda tahu apa yang Hang Tuah lakukan sehingga beliau menderhaka kepada sultan?

Begini,Semasa Hang Tuah diperintahkan oleh sultan untuk menjalani hukuman bunoh,Hang Tuah mengikut sahaja perintah sultan tanpa dakwa dakwi.Lalu disuruh tok menteri membawa Hang Tuah kesuatu tempat untuk dihukum bunoh.Namun tok menteri tak sampai hati untuk membunoh Hang Tuah,lalu berpakat dengan Hang Tuah dan menyorokkan Hang Tuah di suatu tempat yang tidak diketahui.Tok menteri kembali semula kepada sultan sambil membawa keris tamingsari sebagai bukti Hang Tuah telah dibunoh.

Sultan cukup gembira...Namun sultan terlupa bahawa Hang Tuah tidak mati dibunoh,dan Hang Tuah telah menderhaka kepadanya.Kerana engkar dengan perintah sultan.Lalu disini dimana keistimewaan Hang Tuah yang mendakwa sahabat baiknya,Hang Jebat menderhaka kepada sultan?Sedangkan beliau sendiri engkar kepada perintah sultan agar dihukum mati?Nampak sangat kelemahan orang melayu.Dan kelemahan itulah yang ada sampai kehari ini.

Dan melayu Hang Tuah itulah yang hidup sehingga kehari ini dan tak akan hilang didunia.Jadi dapatkah kita berbangga seandainya melayu begini yang masih ada dan tidak hilang di dunia...Sudah pasti kita tidak mahukan melayu begini...Tetapi itulah hakikatnya..melayu tak akan hilang dan tak akan berubah biar berjuta tahun sekali pun.

Ego,degil,melawan,engkar,kuasa,darjat,fitnah,hasad dengki,derhaka,menjual maruah,itu lah yang dibawa melayu zaman Hang Tuah sehingga ke melayu zaman sekarang dan zaman akan datang..Jadi saya ingin bertanya disini,,,melayu jenis beginikah yang kita mahukan agar tidak hilang didunia?Sudah pastinya tidak..Namun apakan daya,asal disebut melayu,itulah yang bermain difikiran bangsa asing.

Dan sebahagian dari generasi zaman Hang Tuah yang menjual maruah masih ada didunia ini.Kerana ia tak akan hilang,seperti sumpah Hang Tuah itu.Dan yang peliknya mereka menjual maruah bukan untuk kuasa dan darjat seperti dizaman Hang Tuah.Mereka ini hanya mahukan kepuasan nafsu..Kalau tak percaya boleh masuk kemana-mana akaun twitter dan lihat sendiri anak melayu menjual maruah.Kalau didalam facebook seakan masih boleh disorokan,namun didalam twitter ia disiar terang-terangan.Untuk apa?Tiada apa ...Cuma mahukan kepuasan nafsu seks yang seakan manusia tak bertamadun sebelum zaman Hang Tuah..


Tak perlulah saya berikan contoh yang lain...Anda boleh fikirkan sendiri.Ada mata tengok ada telinga dengar.Tengok dengan mata burung bukan mata tempurung..Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar...

moral-kepada yang terasa diminta kembali ke pangkal jalan.Pastikan melayu yang tak akan hilang didunia itu,melayu yang berlandaskan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Besar kita.

Monday, February 23, 2015

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI


Lumrah kejadian manusia,tak kan lepas lari dari perasaan berbangga..Apa sahaja yang kita lakukan,pasti ada terdetik dihati,paling kurang pun perasaan puas,walau pun tak dikatakan berbangga.


Hidup untuk belajar,samalah dengan hidup untuk makan..Belajar dari kehidupan,itulah yang akan mematangkan diri kita.Tiada siapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan.Belajar darinya.


Jom,jadi lelaki terbaik...Mulakan dari diri sendiri,kemudian dalam keluarga dan seterusnya dalam masyarakat.Dan jangan terlupa,lelaki yang baik bukanlah sempurna segalanya.Cari kesempurnaan itu dan kamu mungkin menjadi terbaik dikalangan terbaik.


...fikir ar sendiri...aku dah malas nak menaip..mata dah ngantuk..hu hu..


KATA-KATA HIKMAH/MOTIVASI PUJANGGA TERKENAL SEPANJANG MASA 1

1. Hidup adalah tentang meninggalkan kesan, bukan untuk mengumpul pendapatan. -Kevin Kruse

2. Apa yang terkandung didalam minda manusia,dan ia mempercayainya,pasti boleh dicapai. -Napoleon Hill

3. Berusaha bukan untuk berjaya, tetapi mempunyai tujuan yang tak ternilai. -Albert Einstein

4. Dua batang jalan bercabang,lalu mengambil masa yang singkat untuk memilih jalan yang mana satu,dan yang pasti setiap jalan yang dipilih akan membawa perbezaan. -Robert Frost

5. Kejayaan yang saya nikmati adalah kerana saya tidak pernah memberi atau menerima tanpa sebarang alasan yang kukuh. -Florence Nightingale

6. Anda akan terlepas 100% daripada sasaran anda jika tidak berani mengambil resiko. -Wayne Gretzky

7.  Saya telah gagal berulang-ulang kali dalam hidup saya. Dan sebab itulah saya berjaya. -Michael Jordan

8. Perkara yang paling sukar adalah keputusan untuk bertindak, yang lain adalah semata-mata ketabahan. -Amelia Earhart

9. Tiap-tiap sesuatu membawa saya lebih dekat dengan penyelesaian dan seterusnya membuat rumusan. -Babe Ruth

10. ketentuan tujuan adalah titik permulaan semua pencapaian. -W. Clement Stone

11. Hidup ini bukanlah tentang  mendapatkan dan mempunyai, ia adalah tentang memberi . -Kevin Kruse

12. Hidup adalah apa yang berlaku kepada anda semasa anda sibuk membuat rancangan lain. -John Lennon

13. Kita menjadi apa yang kita fikirkan. -Earl Nightingale

14.12 tahun dari sekarang anda akan lebih kecewa dengan perkara-perkara yang tidak anda lakukan . -Mark Twain

15.Hidup adalah 10% apa yang berlaku kepada saya dan 90% daripada bagaimana saya bertindak balas kepadanya. Charles Swindoll

16. Cara yang paling mudah untuk menyerahkan kuasa mereka adalah dengan berfikir mereka tidak mempunyai apa-apa. -Alice Walker

17. Minda adalah segala-galanya. Apa yang anda fikir anda menjadi. -Buddha

18. Masa terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu. Kali kedua terbaik adalah sekarang. Peribahasa -Chinese

19. Suatu kehidupan yang tidak pernah diselidiki tidak akan bernilai dalam hidup. -Socrates

20. Lapan puluh peratus daripada kejayaan adalah kesabaran. -Woody Allen

21. Masa anda adalah terhad, jadi jangan buang ia didalam hidup orang lain. -Steve Jobs

22. Memenangi bukanlah segala-galanya, tetapi mahu kemenangan adalah pencetus semangat. -Vince Lombardi

23. Saya bukan hasil daripada keadaan saya. Saya adalah hasil daripada keputusan saya. -Stephen Covey

24. Setiap kanak-kanak adalah seorang artis. Masalahnya ialah bagaimana untuk kekal artis apabila dewasa kelak. -Pablo Picasso

25. Anda tidak boleh menyeberangi lautan sehingga anda mempunyai keberanian untuk melupakan pantai. -Christopher Columbus

26. Saya telah belajar bahawa orang ramai akan lupa apa yang anda katakan, orang ramai akan lupa apa yang anda lakukan, tetapi orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka merana. -Maya Angelou

27. Sama ada anda berjalan setiap hari, atau hari berlalu meninggalkan anda. -Jim Rohn

28. Adakah anda fikir anda boleh atau anda fikir anda tidak boleh, anda betul. -Henry Ford

29. Dua hari yang paling penting dalam hidup anda adalah hari anda dilahirkan dan hari anda mengetahui mengapa anda dilahirkan. -Mark Twain

30. Apa yang boleh anda lakukan, atau impikan adalah kebolehan anda,  -Johann Wolfgang von Goethe

31. Dendam terbaik adalah kejayaan terbesar. -Frank Sinatra

32. Orang sering mengatakan bahawa motivasi tidak kekal. Nah, begitu juga mandi. Itulah sebabnya kita mengesyorkan mandi setiap hari. -Zig Ziglar

33. Kehidupan mengecut atau mengembang bersesuaian dengan keberanian seseorang. -Anais Nin